Resepi Durian Crepe Segebu Bantal!

Rahsia durian crepe selembut bantal ni ada pada kulitnya yang nipis baru syok bila makan dengan filling kastard. Hari tu saya kongsikan resepi bubur durian, kali ni pula mahu share resepi durian crepe segebu bantal!



Bahan-bahan untuk crepe:
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 setengah sudu besar tepung hong kong
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila
  • Pewarna kuning
Bahan-bahan untuk filling kastard dan durian:
  • 20 gram tepung kastard
  • 250ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula
  • Isi durian yang sudah dihancurkan
Bahan-bahan whipping cream:
  • 500 gram whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing
Cara-cara penyediaan kulit durian crepe:
  1. Ayak semua tepung terlebih dahulu.
  2. Masukkan ke dalam satu bekas dan masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang sudah dipukul sehingga sebati dan masukkan susu segar, pewarna kuning serta air,
  3. Panaskan non stick pan yang bersaiz kecil dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Gunakan tisu paper untuk sapukan sikit pan dengan minyak.
  4. Bila pan sudah panas, angkat sekejap dan masukkan 1 senduk adunan ke dalam pan.
  5. Lenggangkan pan sehingga adunan menjadi rata dan memenuhi permukaan pan. Kemudian letak pan semula pada dapur gas. Jangan letak lama-lama nanti hangus pula crepe tu.
  6. Ulang langkah 1-5. Boleh saja letak crepe tu bertindih, tidak akan melekat punya.. hehee..
Cara buat filling kastard + durian:
  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau sampailah semuanya sebati baru tuang baki susu segar tadi dan kacau semula.
  2. Panaskan api dapur dan masak dengan api sederhana sampai ia kental. Tutup api dan biarkan kastard filling tu sejuk sendiri.
  3. Isi durian yang sudah dihancurkan campur dengan kastard filling. Untuk memudahkan, boleh masukkan filling dalam piping bag. Masukkan dalam peti ais supaya filling ni tidak cair.

Cara buat filling whipping cream:
  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gram whipping cream, tambah dengan gula icing kalau whipping tidak cukup manis.
  2. Pukul whipping cream sampai ia jadi soft peak atau kental dan masukkan dalam piping bag dan simpan dalam freezer sekejap supaya tidak cair.
Ni part paling best! Cara untuk membantalkan durian crepe ni!
  1. Sediakan kulit dan letakkan whipping cream baru letak filling kastard + durian. Lepas tu letak balik whipping cream atas kastard tadi.
  2. Bungkus durian crepe tadi dan jadikannya macam bentuk bantal. Lepas tu siap lah. Letak dalam freezer.
  3. Dalam sejam dua gitu dah boleh makan. Jangan biarkan durian crepe tu keras sangat nanti tidak enjoy lagi nak makan tau.

Selamat Mencuba!

Luv,
Brigett Chibi Mom