8 Fakta Tentang Gout Yang Anda Perlu Tahu!

Gout merupakan penyakit kronik di mana pesakit akan mengalami keradangan pada sendi. Keradangan tersebut berlaku disebabkan oleh kandungan urik asid dalam badan yang berlebihan. Biasanya paras asid urik yang tidak normal bergantung dengan usia, berat badan berlebihan, kencing manis dan sakit jantung.


8 FAKTA GOUT YANG ANDA PERLU TAHU!
  1. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari protein iaitu purin.
  2. Badan manusia akan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.
  3. Jika asid urik yang berlebihan tidak keluar dari badan, ia akan berkumpul pada sendi.
  4. Gout merupakan penyakit paling lama yang dihidap oleh manusia.
  5. Dulu penyakit gout boleh membawa maut dan kecacatan, tapi sekarang ia boleh dikawal dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Biasanya gout selalu dihidap oleh kaum lelaki yang berusia 30 hingga 60 tahun.
  7. Jarang gout menyerang wanita yang belum menopause.
  8. Gout boleh dirawat dengan mudah sekiranya mengamalkan makanan yang tinggi antioksidan dan makanan-makanan yang anti-keradangan.


Biasanya orang-orang yang diserang gout ini sangat jarang makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk meneutralkan asid urik dalam darah, sangatlah digalakkan bagi penghidap gout untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makan makanan dari sumber daging.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Chibi Mom.