Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!

Alang-alang musim durian dekat Sabah ni, saya mahu kongsikan resepi bubur durian meletop yang sangat mudah untuk disediakan! Cara buat tidak begitu susah, senang saja buat bubur durian ni. Yang penting bahan-bahan cukup dan bahan utama tu paling penting. DURIAN! Kalau ada lebihan durian tu bolehlah jadikan bubur. Sedap makan masa petang-petang. Yummy~

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!

Okay, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • Daun pandan. Sampulkan.
  • 6 hingga 8 gelas air
  • 2 pek santan kelapa
  • 2 biji gula melaka
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 mangkuk isi buah durian

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air, pandan dan santan dalam satu periuk. Gaul sehingga air dan santan tu sebati. Biar api kecil saja jangan pasang api tu terlalu kuat. 
  2. Masukkan 1 biji gula melaka dan gula secukup rasa. Gaul lagi balik sampai gula melaka tu cair sepenuhnya. Lepas tu masukkan garam. Biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan lagi 1 biji gula melaka. Gaul lagi sehingga sebati.
  3. Lepas tu masukkan isi buah durian. Bolehlah tengok macam mana kepekatan kuah tu yang kita mahu. Bila dah puas hati dengan kepekatan yang sebagaimana kita mahu, tutup api dan boleh makan!
Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Masukkan air, santan dan pandan tu sekali.

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Masukkan gula melaka.

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Gaul sampai sebati macam ni.

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Sampai sudah masa mau campur main character ni!

Resepi Bubur Durian Meletop Semudah 123!
Masukkan isi durian dan tunggu sampai mendidih. Bila isi durian sudah mula nampak lembik dah boleh makannn.. OH NOM NOM!

Sedapnya kalau makan masa hujan-hujan kannnnn waaaaahhh!! SEDAP! Resepi bubur durian semudah 123 ni semua orang pun boleh buat! Selamat mencuba!

Luv,
Brigett Rusx
#ChibiMom