5 Saluran Utama Toksin Yang Perlu Diberikan Perhatian!

Detoks adalah suatu proses di mana kita membuang racun dan semua bahan yang tidak baik daripada tubuh kita. Toksin ini terkumpul dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum dan ia akan terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang tubuh kita lakukan.


Pentingnya kita memberi perhatian kepada 5 saluran utama toksin untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan kita.

1. Tubuh Badan Sendiri


Setiap hari, tubuh akan menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga bagi melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain. Tekanan dan bebanan ini menyebabkan tubuh kita menghasilkan toksin sendiri.

2. Udara

Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu juga meningkatkan risiko kita diserang penyakit seperti semput, jangkitan saluran pernafasan, fungsi paru-paru akan menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit akan berlaku.

3. Pemakanan

Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan serta racun serangga. Inilah yang akan mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

4. Air

Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran antara punca pencemaran air. Air paip biasa mengandungi bahan kimia juga besi paip yang berbahaya akan memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

5. Gaya Hidup

Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita buat. Ini akan menyebabkan toksin terhasil lebih banyak dari yang sedia ada dalam tubuh kita.


Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita untuk memberi perhatian kepada 5 saluran utama toksin ini bagi mengurangkan penambahan toksin dalam badan kita. Itu sebabnya sangat penting untuk kita amalkan detox untuk menyingkirkan racun dalam badan. Ramai juga yang salah faham, kalau kita diet tu sama dengan kita detox. Sebenarnya, diet dan detox adalah 2 perkara yang berbeza.


Semoga info ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom