Risiko Anemia Selepas Proses Kelahiran

Kita tahu anemia ini berpunca dari kekurangan zat besi dalam darah. Tapi bukan itu saja, kekurangan asid folik dan vitamin B12 juga salah satu faktor terjadinya anemia. Anemia bukan sahaja memberi kesan terhadap kandungan ibu semasa hamil, malah juga memberi kesan buruk ke atas ibu selepas ibu bersalin.


Antara risiko anemia terhadap ibu selepas proses kelahiran adalah:

  • Risiko pendarahan akan mengancam ibu hingga hari ke 40 selepas bersalin atau selama rahim kembali mengecut.
  • Disebabkan anemia, otot-otot rahim menjadi lemah dan rahim tidak mampu mengecut dan kembali kepada saiz normal. Maka pendarahan akan berlaku.
  • Ibu boleh mengalami tumpah darah. Nyawa ibu dan bayi akan dalam bahaya.

Oleh itu sangat disarankan kepada ibu untuk mencegah masalah berlakunya anemia ini semasa hamil. Ketahui tanda-tanda anemia supaya ibu dapat elak masalah ni lebih awal. Jika ibu disahkan mengalami masalah anemia, ibu perlu mengambil langkah awal untuk merawat masalah anemia sebelum melahirkan bayi. 

Semoga info ini bermanfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom