Risiko Anemia Ketika Fasa Kehamilan.

Kita tahu punca utama anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan ibu hamil. Faktor lain seperti kesukaran tubuh untuk menyerap zat besi juga mempengaruhi penghasilan sel darah merah. Oleh itu, ibu hamil akan cepat rasa letih atau emosi mudah terganggu.


Jika zat besi, asid folik atau vitamin B12 tidak cukup dalam badan ibu hamil, penghasilan darah merah tidak akan mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi sepanjang fasa kehamilan. Apabila usia kandungan bertambah, isipadu darah juga akan bertambah dan akhirnya menyebabkan pencairan darah akan berlaku.


Apakah risiko yang akan ibu hamil berhadapan ketika hamil?


Bila masalah anemia ini tidak dirawat, komplikasi seperti kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran akan berlaku. Jika ibu hamil tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, mereka akan diberi suntikan zat besi yang akan dilakukan di klinik atau hospital.

Pemindahan darah perlu dilakukan bila berlakunya anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin. Walaupun prosedur ini agak sukar tetapi darah perlu diberikan kepada ibu hamil yang kandungannya berusia 34 minggu ke atas dan mempunyai hemoglobin kurang daripada 7g/dl.

Masalah anemia ini lebih berisiko dengan ibu hamil yang:

  • Hamil anak kembar.
  • Kerap hamil dengan jarak antara 2 kehamilan adalah dekat.
  • Hamil pada usia muda (remaja).
  • Sudah mengalami anemia sebelum hamil.
  • Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan.
  • Tidak mengambil makanan yang kaya zat besi secukupnya.

Anemia yang teruk perlu dirawat sebelum kelahiran bayi bagi mencegah masalah semasa proses kelahiran. Ibu hamil perlu digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan. 



Semoga entri ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom