Risiko Anemia Ke Atas Ibu Hamil

Ibu hamil yang mengalami anemia adalah ibu yang mempunyai bacaan darah kurang dari 10 g/dl. Tapi bukan itu yang paling teruk, ibu hamil yang mempunyai kadar hemoglobin kurang dari 7 g/dl. Ini dikenali sebagai anemia gravis. Untuk ibu hamil, jumlah normal hemoglobin adalah 12-15g/dl dengan hematokrit 35-54%.


Adalah sangat disarankan untuk ibu hamil menjalani pemeriksaan kadar hemoglobin sepanjang fasa kehamilan bermula dari trimester 1 sehinggalah trimester 3. Jika ibu hamil mengalami anemia, antara risiko yang bakal ibu hadapi ialah:

  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • proses kelahiran yang lama
  • sentiasa rasa penat
Anemia mempengaruhi kehamilan terutamanya pada awal kehamilan sehinggalah proses kelahiran. Proses pembentukan darah merah dan embrio akan terbantut sekiranya zat besi dalam darah ibu hamil tidak mencukupi. Masalah ini akan jadi lebih teruk pada usia kandungan 5 hingga 6 bulan disebabkan zat besi semakin berkurang.


Oleh itu, ibu tidak boleh ambil ringan masalah anemia ni ketika hamil. Apatah lagi jika membanggakan kita ada masalah anemia. Ibu perlukan sumber nutrisi yang lengkap agar bayi juga dapat membesar dengan sihat dan sempurna dalam kandungan. Jangan lupa buat check up di klinik kesihatan ibu dan anak supaya dapat tahu kandungan hemoglobin setiap bulan.

Semoga info ini memberi manfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom