Multivitamin Bantu Naikkan Darah Semasa Hamil

Selalunya Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) akan membekalkan vitamin-vitamin untuk ibu hamil yang ada masalah kurang darah merah (anemia) iaitu bacaan darah di bawah 11g/dl. Biasanya KKIA akan bekalkan vitamin seperti zat besi, vitamin B dan vitamin C untuk ibu amalkan sepanjang kehamilan.


Sepanjang kehamilan saya, saya amalkan vitamin yang sama cuma bukan yang dibekalkan dari KKIA. Saya ambil Set Ibu Hamil Shaklee untuk cegah masalah anemia. Tahukah anda? Masalah anemia ini boleh membawa kepada perkara negatif jika tidak dicegah atau diatasi secepat mungkin.

Antara risiko kekurangan darah merah semasa kehamilan.

Salah satu vitamin kegemaran yang ada dalam Set Ibu Hamil ini ialah Vitalea Iron Formula iaitu multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Dalam 1 tablet Vitalea Iron Formula ada Vitamin B, Vitamin C, Zat Besi, Asid Folik, Kalsium dan lain-lain. 

Vitalea Iron Formula yang mengandungi zat besi ini membantu meningkatkan lagi kandungan darah ibu hamil terutama mereka yang mengalami masalah anemia. Kebanyakan ibu hamil yang mengamalkan Vitalea Iron Formula ini antara ibu-ibu hamil yang paras darah mereka tidak naik-naik walaupun sudah mengamalkan pelbagai jenis vitamin untuk menaikkan paras darah mereka.

Multivitamin Vitalea Iron Formula Shaklee yang bantu masalah anemia ibu hamil.

Syukur Vitalea Iron Formula ini boleh membantu para ibu hamil yang ada masalah badan sukar menyerap zat besi. Untuk memaksimumkan penyerapan zat besi dalam Vitalea Iron Formula ini, adalah sangat digalakkan untuk diambil bersama-sama Vitamin C.

Penting amalkan pemakanan sihat sepanjang kehamilan.

Walaupun tidak mengandung, adalah sangat digalakkan untuk kita amalkan multivitamin yang mengandungi zat besi bagi mencegah masalah anemia. Selain mengamalkan makanan tambahan, ada juga sayur-sayuran yang membantu untuk meningkatkan paras darah kita.

Amalkan pemakanan yang sihat, pasti tubuh kita juga akan berada dalam keadaan sihat selalu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom