Ketahui Risiko Anemia Semasa Hamil Yang Bakal Menyebabkan Bayi Dalam Kandungan Anda ...

Semasa kehamilan, bayi akan mendapat zat besi yang diperlukan sebelum ibu mendapat zat besi tersebut. Ibu akan mengalami kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi dalam kandungan sehinggalah ibu mengalami masalah anemia teruk.  Bayi akan menggunakan bekalan zat besi paling banyak semasa trimester kedua dan ketiga. 


Oleh itu, ibu kena ambil peranan memastikan badan mencukupi zat besi pada waktu ini. Masalah anemia bukan sahaja memudaratkan kesihatan si ibu malah juga memberi kesan negatif ke atas bayi dalam kandungan.

Ibu memerlukan zat besi untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Jika ibu mengalami masalah anemia maka ini akan menyebabkan bayi dalam kandungan:
  • Dilahirkan lebih awal (tidak cukup bulan).
  • Kematian bayi dalam kandungan.
  • Pertumbuhan janin terhalang, berat badan bayi terlalu ringan bila dilahirkan (kurang dari 2.5kg).
  • Bekalan oksigen yang sampai ke rahim kurang dan memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.
Lagi teruk bila masalah anemia ini memberi kesan negatif sampailah bayi kita membesar. Bayi yang dilahirkan akan mudah mengalami masalah anemia bila mereka membesar nanti. Begitu juga dengan proses tumbesaran mereka.


Oleh itu, sangat digalakkan untuk ibu mengambil peranan dalam mencegah masalah anemia ini sepanjang kehamilan untuk kebaikan diri sendiri serta kesihatan bayi dalam kandungan. Amalkan pemakanan sihat dan ambil makanan yang kaya dengan zat besi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. xx



Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom