Kesan Anemia Semasa Hamil Yang Bakal Dihadapi Oleh Ibu Sepanjang Berpantang

Tahukah anda? Antara kesan anemia semasa hamil ini boleh menyebabkan kesan buruk terhadap ibu yang bakal berpantang? 


Kita tahu anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi. Zat besi merupakan salah satu komponen dalam darah merah. Kuantiti zat besi dalam darah mempengaruhi penghasilan darah merah dalam badan si ibu. Bila badan ibu hamil kekurangan darah, masalah seperti tumpah darah, pening, lemas badan adalah antara masalah yang akan dialami oleh ibu selepas sahaja melahirkan bayi.

Apa pula kesan anemia ini kepada ibu yang berpantang?

Ibu berpantang akan rasa pening-pening, lemas badan dan yang paling teruk, ibu akan mengalami masalah baby blues (meroyan) yang agak membimbangkan. Ini disebabkan badan dan otak ibu berpantang tidak mendapat sumber oksigen yang cukup kerana kekurangan zat besi. Lagi-lagi ibu berpantang tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi, maka badan akan menjadi terlalu penat.


Masalah anemia semasa hamil akan memberi kesan bukan saja kepada ibu semasa berpantang tetapi juga akan memberi kesan negatif ke atas bayi. Oleh itu, sangat penting bagi ibu terus mengambil zat besi dan asid folik selepas bersalin sehinggalah berpantang untuk memastikan badan mendapat sumber nutrisi yang mencukupi agar dapat mencegah masalah anemia berterusan semasa berpantang.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom