Kepentingan Zat Besi Untuk Atasi Masalah Anemia Ibu Hamil

Zat besi merupakan nutrien yang sangat penting dalam pertumbuhan manusia sejak dalam kandungan lagi. Itu sebab banyak-banyak jenis darah, darah merah juga yang kena cek setiap bulan sepanjang ibu pergi check up dekat KKIA.


Apa yang penting sangat zat besi ni?

Badan kita perlu oksigen, yang mengangkut oksigen ke seluruh badan kita adalah hemoglobin. Zat besi adalah komponen penting dalam hemoglobin. Kalau kurang zat besi ni dalam hemoglobin, kuranglah juga kandungan oksigen dalam darah yang akan dibawa ke seluruh tubuh ibu hamil.

Bila kekurangan zat besi maka berlakulah masalah anemia yang boleh membuatkan ibu hamil rasa lemas dan letih. Untuk atasi masalah ini, amalkan pemakanan sihat. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur bayam.


Untuk jalan mudah, ambil multivitamin yang terbukti berkesan dalam mengatasi masalah anemia ni. Sepanjang saya hamil, saya amalkan Vitalea Iron Formula, Vitamin C, asid folik untuk atas masalah anemia. Untuk pregnancy saya yang pertama dan kedua, memang bacaan darah tidak begitu cantik. Tapi bila amalkan Set Ibu Hamil Shaklee semasa pregnancy yang ketiga, tidak pernah darah saya kurang dari 11g/dl.


Oleh sebab saya sendiri jarang amalkan pemakanan sihat, saya pilih untuk amalkan makanan tambahan untuk support mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan saya dan ia terbukti sangat membantu. Syukur saya jumpa makanan tambahan yang terbukti berkesan, semulajadi dan selamat diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. Bukan bacaan darah saja yang cantik tau, kulit pun nampak sangat perubahan dari berjerawat kusam berminyak, sampailah kulit jadi lembab. Sukeeeee..

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom