Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anemia Yang Sangat Popular Di Kalangan Ibu Hamil Ini.

Anemia merupakan salah satu masalah kesihatan ibu hamil yang sudah terlalu biasa kita dengar. Rata-rata ibu hamil mesti ada masalah anemia. Walaupun kita biasa dengar tapi tidak semestinya masalah ini perlu dipandang ringan, sebab bila anemia tidak diatasi boleh berlaku risiko seperti tumpah darah, keguguran dan kelahiran pramatang.



Anemia adalah disebabkan ibu hamil kekurangan sel darah merah. Oleh itu, oksigen tidak dapat dibawa ke seluruh badan dan anemia menyebabkan keletihan. Kekurangan darah merah disebabkan kurang pengeluaran atau kehilangan sel darah merah meningkat.



Seperti yang kita tahu, sel darah merah dihasilkan dalam tulang sum-sum dan mempunyai jangka hayat lebih kurang 4 bulan. Untuk menghasilkan sel darah merah, badan ibu hamil memerlukan zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Kalau badan ibu kekurangan salah satu daripada 3 komponen ini maka ibu akan mengalami masalah anemia.


Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom