7 Punca Anemia Yang Selalu Dialami Oleh Ibu Hamil

Jarang sangat ibu hamil menyedari bila mereka mengalami masalah anemia. Biasanya jika ibu tidak menyedari mereka mengalami masalah anemia adalah disebabkan badan mereka memang sedia kekurangan zat besi. Banyak punca anemia ni, dalam entri saya hari ini.. saya kongsikan 7 punca anemia yang selalu dialami oleh ibu hamil.



Bila seorang ibu sudah makan ubat hospital yang Klink Kesihatan Ibu dan Anak bekalkan, tapi kandungan darah masih di paras yang rendah, ini menunjukkan badan si ibu tidak mampu menyerap zat besi. Oleh itu, ibu perlu elakkan makanan yang menganggu penyerapan zat besi. Contohnya:

  • Minuman berkafien seperti kopi dan tea.
  • Kekacang.
  • Ubi manis.
  • Paprika.
2. Kekurangan Nutrisi


Selain zat besi, ada banyak lagi nutrisi yang boleh menghasilkan sel darah merah. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi ini, maka sel darah merah tidak dapat dihasilkan dan terjadinya anemia. Antara nutrisi yang diperlukan dalam tubuh si ibu untuk cegah masalah anemia ialah:
  • Vitamin B12
  • Asid folik
  • Vitamin C
3. Penyakit

Ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan terjadinya pemecahan atau kerosakan sel darah merah. Antaranya ialah:
  • Talasemia
  • Pembesaran organ limpa
4. Kekurangan Protein

Protein boleh menghasilkan sel darah merah. Selain itu, ia juga mampu menyerap zat besi. Kekurangan protein boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah anemia.



5. Perbezaan Tulang Sumsum

Ini menyebabkan tulang sumsum tidak mampu menghasilkan sel darah merah secara normal. Perbezaan tulang sumsum juga boleh menyebabkan terjadinya anemia aplastik. Anemia aplastik disebabkan oleh beberapa faktor: 
  • Terkena bahan kimia.
  • Antibiotik.
  • Virus.
6. Jangkitan

Antara jangkitan yang boleh menyebabkan anemia adalah jangkitan cacing parasit  dalam usus.
  • Cacing parasit boleh menyerap sel darah merah.
  • Cacing parasit juga boleh menyebabkan ibu kehilangan nafsu makan. Jika nafsu makan berkurang, kuranglah juga sumber zat besi masuk dalam badan.
7. Penyakit Buah Pinggang

Buah pinggang yang mengeluarkan hormon eritropoirtin berfungsi untuk membantu tulang sumsum menghasilkan sel darah merah. Pesakit buah pinggang yang gagal menghasilkan hormon ini akan mengalami masalah anemia.


Ini antara 7 sebab kenapa bacaan sel darah merah susah sangat mahu naik ke bacaan normal walaupun ibu sudah amalkan ubat-ubatan dari KKIA. Ada pelbagai alternatif untuk atasi masalah anemia yang tidak pandai selesai-selesai ni. Cara mudah, amalkan pemakanan sihat dengan makanan tambahan bagi menambah nutrisi dalam badan dan menguatkan lagi imun sistem si ibu. Semoga entri ini bermanfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom