7 Gejala Anemia Yang Ibu Hamil Perlu Tahu!

Ibu hamil perlu memahami keadaan badan sendiri untuk mencegah masalah anemia ini. Ini antara gejala anemia yang boleh disedari oleh ibu yang mengalami:


1. Pucat.

Ibu hamil akan kelihatan pucat, kelopak bawah mata nampak pucat. Sebab kalau sel darah merah cukup, bawah kelopak mata akan berwarna kemerah-merahan.

2. Mudah Penat.

Ini disebabkan badan si ibu kekurangan oksigen yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Ibu akan rasa badan lemas sepanjang hari dan tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Kalau boleh mau saja tidur sepanjang hari.

3. Mual.

Biasanya ibu akan rasa mual selepas bangun dari tidur. Ini yang dinamakan morning sickness.


4. Pening.

Ibu hamil akan kerap merasa pening kepala. Ini juga disebabkan kekurangan oksigen dalam otak si ibu yang disebabkan sel darah merah yang terlalu sedikit.

5. Mengalami Keguguran Rambut.

Ada ibu yang sedang hamil akan mengalami masalah keguguran rambut dan ini menandakan badam si ibu kekurangan nutrisi seperti zat besi. Zat besi salah satu komponen sel darah merah. Tu sebab ibu hamil yang mengalami masalah anemia akan mengalami masalah keguguran rambut.

6. Imun Sistem Merosot.

Ibu hamil yang kerap sakit menunjukkan imun sistem badan semakin lemah. Bila si ibu mengalami gusi berdarah, ini juga menunjukkan imun tubuh si ibu tidak kuat. Sistem imun badan merosot disebabkan oleh kekurangan jumlah sel tenaga dalam badan.



7. Kuku Pucat.

Kita juga boleh tahu ibu hamil mengalami masalah anemia apabila warna hujung kukunya kelihatan pucat. Ibu hamil yang tidak mengalami masalah anemia, hujung kuku mereka kelihatan kemerah-merahan.

Ibu hamil boleh memerhati gejala-gejala ini untuk mencegah masalah anemia lebih awal. Untuk mengatasi masalah ini, ibu perlu menjaga pemakanan dan sangat digalakkan untuk melengkapkan nutrisi bagi mencegah masalah anemia di peringkat awal kehamilan.

Semoga info ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom