Bacaan Darah Ibu Hamil Bertambah Dari 10.4 Ke 12.2 Selepas...

Siapalah ibu yang tidak gembira bila bacaan darah naik. Selepas berusaha bacaan darah tetap tidak bertambah memang boleh buat si ibu tertekan juga. Banyak sebab kenapa bacaan darah tidak naik-naik biarpun kita sudah amalkan vitamin yang diberi oleh KKIA atau beli dekat farmasi.

Selain amalkan makanan sihat dari buah-buahan dan sayur-sayuran, ibu juga boleh amalkan makanan tambahan untuk naikkan bacaan darah ketika hamil. Tapi gaya pemakanan sihat tidak boleh tinggal juga tau kalau sudah amalkan makanan tambahan.

Macam seorang ibu ni amalkan suplemen Shaklee untuk atasi masalah anemia beliau. Syukur bacaan darah naik dari 10.4 ke 12.2. Bolehlah melahirkan anak dengan senang hati. Menakutkan juga kalau masalah anemia ni tidak diatasi dengan cepat sebab banyak kesan negatif boleh berlaku jika ibu hamil dalam keadaan kurang darah.

Set Bajet Anemia Shaklee Paling Berkesan

Siapa sangka dengan Set Bajet pun bacaan hb tetap naik juga. Selalunya kalau ada customer mau atasi masalah anemia ni, saya suggest fullset sebab setiap vitamin yang ada dalam Set Lengkap Ibu Hamil ni bergantung antara satu sama lain.

Macam Vitamin C diperlukan untuk memaksimumkan penyerapan vitamin dan mineral dari Vita-Lea dan B-Complex. ESP Protein pula sangat bergantung dengan B-Complex sebab dua-dua pun berfungsi untuk menguatkan rahim. OmegaGuard pula tak boleh tak ambil kalau mau otak anak berkembang dengan baik sepanjang kehamilan. Lagipun OmegaGuard ni jaga jantung si ibu dan bayi. Sangat bergantung dengan Ostematrix untuk menjaga tekanan darah kita. Ostematrix pula kalsium yang bantu top up kalsium si ibu, sambil bantu atasi masalah sembelit.

Tapi kalau customer tiada bajet untuk set lengkap, ada juga set bajet kami sediakan. Ambil yang paling penting saja untuk masalah anemia. Vita-Lea Iron Formula dan B-Complex adalah pilihan terbaik untuk ibu yang ada masalah tight budget tapi mau naikkan bacaan hb. Kalau ada bajet lebih add on ESP Protein sebab badan kita sangat memerlukan protein semasa mengandung.

Vita-Lea Iron Formula ni mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral lengkap. Termasuklah zat besi yang menyokong penghasilan sel darah merah. Ada juga Vitamin C untuk melindungi sel-sel kita sepanjang kehamilan. Yang bestnya, ambil Vita-Lea lepas bersalin.. luka bersalin lebih cepat sembuh.

B-Complex pula lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuklah asid folik dan biotin. B12 dalam B-Complex ni bantu dalam penghasilan darah merah. Asid folik ni berfungsi untuk menghalang berlakunya kecacatan janin. Kena ambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung tau.

Kenapa Ibu Hamil Yang Ada Masalah Anemia Perlu Ambil Vitamin C Shaklee?

Vitamin C Shaklee bukan Vitamin C macam yang kita jumpa di kedai-kedai biasa. Ramai yang salah faham dengan konsep pengambilan Vitamin C. Kononnya, semakin besar kandungan Vitamin C, semakin bagus untuk badan. Contohnya, lebih ramai orang pilih Vitamin C yang mengandungi 1000mg berbanding yang mengandungi 500mg.



1 tablet Vitamin C Shaklee cuma ada 500mg tetapi Vitamin C Shaklee mempunyai matrixnya sendiri. Vitamin C Shaklee dicipta dengan sistem pelepasan berperingkat yang mana Vitamin C ini melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam. Jadi bila kita makan Vitamin C Shaklee ni, ia akan kekal dalam badan kita selama 5 jam. 

Vitamin C ni kan vitamin larut air. Tidaklah kita makan sekarang, minum air 10 minit kemudian lepas tu semua Vitamin C keluar melalui air kencing. Bukankah sayang tu? Walaupun Vitamin C yang 1000mg pun kalau tiada sistem pelepasan, ia seumpama kita makan Vitamin C tanpa mendapat manfaat Vitamin C itu. 


Tu sebab saya lebih suka makan Vitamin C Shaklee ni. Selain ia bantu memaksimumkan penyerapan nutrisi ke dalam badan sepanjang saya mengandung. Tau ka para ibu? Salah satu masalah anemia berlaku disebabkan badan tu susah sangat nak serap zat besi dari makanan yang kita ambil.

Vitamin C Shaklee ini juga juga bantu meningkatkan imun sistem. Biasalah kalau ibu mengandung ni senang sakit kan. Tapi dengan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten, memang susah sangat nak sakit


Ibu mengandung kalau gosok gigi mesti gusi berdarah. Tu tandanya imun semakin lemah. Kita pun tidak mau badan kita tidak dapat lawan macam-macam penyakit sepanjang fasa kehamilan, takut nanti bagi kesan dengan bayi. Wahh!! Tiada ibu yang mahu kandungannya tidak sihat tau. Bila ambil Vitamin C, gusi memang tidak pernah berdarah lagi bila gosok gigi.

Lagi best bila kulit pun makin glowinggggg!! Suami pun puji muka tidak lagi teruk berjerawat. hehe! Kembang mak tau. Dengan Set Lengkap Ibu Hamil Shaklee ni, saya amalkan sepanjang fasa kehamilan. Memang bayi selepas lahir pun jarang sangat sakit. Sampai sekarang anak kedua saya berusia 3 tahun, memang jarang sangat sakit. Kalau demam pun, satu malam ja. Besok dia terus sihat. Syukur jumpa Set Lengkap Ibu Hamil Shaklee ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

***


Untuk pembelian SET KEHAMILAN ini boleh hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my. Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan credit/debit card boleh klik link esell di bawah ini.



Selepas pembelian sila hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan cara penggunaan SET KEHAMILAN yang lebih berkesan.

B-Complex Shaklee Bantu Naikkan Bacaan Darah Ibu Hamil

B-Complex Shaklee ni bukan Vitamin B biasa-biasa. 


Kenapa ia dipanggil B-Complex? 

Sebab B-Complex Shaklee ni mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B. Hanya yang mengandungi ke lapan-lapan jenis Vitamin B ini saja yang boleh dipanggil sebagai B-Complex kerana ia dilengkapi dengan 8 jenis Vitamin B.

Tu sebab bila kita ingin memilih Vitamin B terbaik, pilihlah yang lengkap dengan 8 jenis Vitamin B. Jadi tidak perlu lagi susah-susah ambil Vitamin B yang berlainan dalam tablet yang berlainan.

B-Complex ini mengandungi asid folik dan vitamin B12 yang mana menyokong dalam penghasilan darah merah. Asid folik pula baik untuk ibu hamil bagi mencegah berlakunya kecacatan janin sebelum dan sepanjang fasa kehamilan.


Saya sendiri pun amalkan B-Complex ini semasa hamil. Memang tiada rekod masalah darah kurang dari 11 g/dl. Selain tu, B-Complex inijuga mengandungi Vitamin B2 yang membantu menangani masalah stress dengan mudah. Memang susah sangat mau naik angin bila makan B-Complex Shaklee ni. Saya yang mengandung sambil menjaga anak kecil pun memang susah sangat kena serang perasaan moody. Siapa yang tidak mau rasa happy saja sepanjang kehamilan kan?


Jangan lupa ambil B-Complex masa mengandung tau. Selain support perkembangan janin, kita yang ibu ni pun boleh bebas dari perasaan tertekan. Ibu happy, sudah semestinya kandungan pun sihat.

Semoga bermanfaat. xx

Artikel berkaitan: Set Lengkap Ibu Hamil

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

***

Untuk pembelian SET KEHAMILAN ini boleh hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my. Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan credit/debit card boleh klik link esell di bawah ini.



Selepas pembelian sila hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan cara penggunaan SET KEHAMILAN yang lebih berkesan.

Vita-Lea Iron Formula Shaklee Multivitamin Lengkap Untuk Atasi Masalah Anemia Ibu Hamil

Anemia atau kekurangan zat besi dalam darah ibu hamil ini antara masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan ibu hamil. Walaupun anemia antara masalah kesihatan tetapi ia boleh dicegah, dirawat dan dikawal dengan mudah. Dengan hanya mengamalkan makanan sihat pada awal kehamilan boleh mencegah masalah ini daripada berlaku.

Pengambilan makanan tambahan atau supplemen juga sangat membantu dalam mengatasi masalah anemia. Saya selalu sarankan ibu-ibu yang ada masalah anemia ini untuk amalkan Set Ibu Hamil Shaklee untuk menjaga kesihatan sepanjang fasa kehamilan sekaligus mencegah masalah anemia.


Salah satu vitamin dalam Set Ibu Hamil Shaklee adalah Vita-Lea Iron Formula. Vita-Lea Iron Formula antara vitamin yang sangat popular. Jika ibu tidak mempunyai bajet, saya akan syorkan mereka ambil Vita-Lea Iron Formula sebab Vita-Lea merupakan multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral.


Fakta Menarik Tentang Vita-Lea Iron Formula.


  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral lengkap termasuk Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Asid Folik dan Zat Besi yang sangat diperlukan untuk mencegah dan merawat masalah anemia ibu hamil.



Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

***

Untuk pembelian SET KEHAMILAN ini boleh hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my. Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan credit/debit card boleh klik link esell di bawah ini.



Selepas pembelian sila hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan cara penggunaan SET KEHAMILAN yang lebih berkesan.

Set Medium Ibu Hamil Shaklee Bantu Atasi Masalah Anemia

Anemia adalah antara perkara yang sering dialami oleh ibu hamil. Ia boleh diatasi dan juga boleh membawa masalah besar bila tidak dirawat secepat mungkin. Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil makanan tambahan yang selamat, masalah anemia boleh diatasi dengan mudah.

Punca anemia adalah apabila ibu hamil tidak mempunyai zat besi yang mencukupi atau bacaan darah merah rendah dari 11 g/dl. Bila zat besi kurang dalam darah, makan badan ibu hamil juga akan kurang menerima oksigen. Tu sebab ibu hamil yang ada masalah anemia mudah rasa letih.

Selain mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan zat besi, ibu hamil juga boleh mengamalkan makanan tambahan iaitu dengan mengambil supplemen. Macam kawan saya seorang ni, dia tidak suka ambil buah-buahan apa lagi sayuran, beliau memilih untuk mengamalkan supplemen bagi mengatasi masalah anemianya.

Syukur, bacaan darah beliau ketika melahirkan bayi adalah 12 g/dl. Badan rasa lebih bertenaga walaupun selepas melahirkan bayi. Memang sangat berkesan dan boleh elakkan masalah tumpah darah sewaktu bersalin. Kawan saya ni cuma amalkan Set Medium Ibu Hamil Shaklee saja diiringi juga dengan pemakanan sihat.

Set Medium Ibu Hamil Shaklee.

ESP -

Vita-Lea Iron Formula -

B-Complex -

Ostematrix - 



Asid Folic Dan Kalsium Yang Banyak Membantu Masalah Anemia Ibu Hamil

Anemia bukan lagi penyakit yang asing. Hampir semua ibu hamil akan mengalami masalah anemia disebabkan bayi menyerap nutrisi daripada si ibu. Banyak risiko negatif bila anemia tidak diatasi dengan segera. Good news, anemia boleh diatasi dengan menjaga pemakanan. Untuk lebih mudah, boleh saja amalkan makanan tambahan.


Selalu masa saya mengandung dulu, saya amalkan asid folic dan kalsium ini saja untuk bantu masalah hb rendah saya. Bila hb saya cecah 10.5 g/dl pada minggu ke 32, saya terus amalkan asid folic dan kalsium ini untuk naikkan balik hb saya. Syukur pada minggu ke 40 ketika melahirkan anak kedua, bacaan hb saya 12 g/dl.


Asid folik yang saya amalkan ini mengandungi 8 jenis Vitamin B lengkap. Selain atasi masalah anemia, asid folik ni juga bantu untuk cegah stress. Boleh terus diamalkan selepas bersalin untuk mengatasi masalah baby blues.

Kalsium yang saya amalkan ini pula, selain mengatasi masalah anemia. Ia juga membantu mengatasi sembelit dan insomnia. Biasanya, anemia juga berpunca bila ibu ada masalah tidak cukup tidur. Dengan kalsium ni, bolehlah dapatkan tidur yang lebih lena.

Artikel berkaitan: Set Hamil Atasi Masalah Anemia

Semoga info ini memberi manfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Omega-3 Untuk Atasi Masalah Anemia Ibu Hamil

Omega 3 sangat penting untuk ibu hamil kerana omega 3 bukan saja bagus untuk si ibu malah sangat bagus untuk perkembangan otak si bayi semasa dalam kandungan. 


Sangat digalakkan untuk si ibu amalkan omega 3 sejurus saja trimester ketiga kerana waktu ini lah perkembangan otak bayi terjadi. Teruskan pengambilan omega 3 sehingga bayi berusia 2 tahun kerana selepas lahir, otak bayi masih berkembang sehingga mereka berusia 2 tahun.


Selain omega 3 baik untuk perkembangan otak bayi, omega 3 juga membantu dalam:

  • mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • menyokong fungsi sendi.
  • bertindak sebagai anti inflamasi.
  • mengurangkan simptom alahan.
  • memperbaiki kulit sensetif.
  • memperbaiki kulit kering.
  • melambatkan pembentukan garis halus.
Tahukah anda? Omega 3 yang ada dalam minyak ikan salmon boleh meningkatkan sel darah merah sehingga 47%.




Bila badan kita mengalami anemia, oksigen tidak sampai ke jantung secukupnya maka kita akan mengalami masalah jantung berdebar-debar. Oleh itu, sangat penting ibu hamil yang ada masalah anemia untuk mengamalkan omega 3 bagi menyokong kesihatan jantung sepanjang kehamilan.

Artikel berkaitan: Set Hamil Atasi Masalah Anemia

Semoga info ini memberi manfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Sumber Protein Yang Membantu Ibu Hamil Cegah Masalah Anemia

Di zaman sekarang ni, ramai wanita yang bekerjaya. Dalam fasa kehamilan pun ibu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Agak mustahil untuk ibu yang sedang hamil amalkan pemakanan sihat sebab semua pun kena siapkan cepat-cepat kan. Memanglah si ibu banyak ambil makanan segera bagi menjimatkan masa. Tidak hairanlah ramai ibu hamil ada masalah anemia.


Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh amalkan sumber protein yang berkualiti dari pemakanan. Cuma amalkan ESP Protein saja, ibu hamil boleh jimat masa. Bancuh saja ESP Protein tidak kira pada waktu sarapan sebelum pergi kerja atau semasa makan tengah hari di office. ESP Protein merupakan sumber terbaik dengan membekalkan 9 amino asid yang badan kita tidak dapat hasilkan. Diperbuat dari sumber kacang soya yang bebas dari suntikan. Lagi best.. ESP Protein ni membantu dalam menangani masalah hormon tidak stabil. Tau la ibu hamil ni hormon tidak stabil, emosi pun ikut tidak stabil.


Tahukah anda?

Protein membentuk sebahagian besar dalam sel kita termasuklah sebagai enzim dan pigment respirator. Protein terbentuk daripada cantuman unit asas iaitu asid amino. 

Hemoglobin merupakan molekul protein yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida yang ada dalam sel darah merah kita. Tu sebab sangat penting ibu hamil mengambil protein untuk meningkatkan paras sel darah merah untuk mencegah masalah anemia. 

Antara sumber protein adalah:
  • Ikan
  • Susu
  • Daging
  • Kekacang (kacang tanah dan kacang soya)
  • Putih Telur

1 serving ESP Protein membekalkan 14 gram protein, 8 gram karbohidrate dan 500mg kalsium.. sama macam kita makan 4 biji telur, 12 gelas susu atau 2 kilo daging merah. Yang lagi best, ESP Protein ni bebas kolestrol dan mengandungi Glisemik Indek yang rendah dan selamat diambil oleh mereka yang ada masalah kencing manis.

Hah! Kalau ibu hamil ada masalah anemia dan kandungan gula tinggi, ESP Protein la yang paling selamat untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan. Saya suka minum ESP blend dengan pisang. Rasa kenyang lebih lama tapi badan kekal bertenaga. Badan tidak rasa lemas walaupun kenyang. Best! Boleh tengok resepi ringkas ESP Protein blend dengan pisang. Mudah saja. Tidak sampai 3 minit boleh siap sarapan atau lunch kita ni.



Semoga bermanfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Multivitamin Bantu Naikkan Darah Semasa Hamil

Selalunya Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) akan membekalkan vitamin-vitamin untuk ibu hamil yang ada masalah kurang darah merah (anemia) iaitu bacaan darah di bawah 11g/dl. Biasanya KKIA akan bekalkan vitamin seperti zat besi, vitamin B dan vitamin C untuk ibu amalkan sepanjang kehamilan.


Sepanjang kehamilan saya, saya amalkan vitamin yang sama cuma bukan yang dibekalkan dari KKIA. Saya ambil Set Ibu Hamil Shaklee untuk cegah masalah anemia. Tahukah anda? Masalah anemia ini boleh membawa kepada perkara negatif jika tidak dicegah atau diatasi secepat mungkin.

Antara risiko kekurangan darah merah semasa kehamilan.

Salah satu vitamin kegemaran yang ada dalam Set Ibu Hamil ini ialah Vitalea Iron Formula iaitu multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Dalam 1 tablet Vitalea Iron Formula ada Vitamin B, Vitamin C, Zat Besi, Asid Folik, Kalsium dan lain-lain. 

Vitalea Iron Formula yang mengandungi zat besi ini membantu meningkatkan lagi kandungan darah ibu hamil terutama mereka yang mengalami masalah anemia. Kebanyakan ibu hamil yang mengamalkan Vitalea Iron Formula ini antara ibu-ibu hamil yang paras darah mereka tidak naik-naik walaupun sudah mengamalkan pelbagai jenis vitamin untuk menaikkan paras darah mereka.

Multivitamin Vitalea Iron Formula Shaklee yang bantu masalah anemia ibu hamil.

Syukur Vitalea Iron Formula ini boleh membantu para ibu hamil yang ada masalah badan sukar menyerap zat besi. Untuk memaksimumkan penyerapan zat besi dalam Vitalea Iron Formula ini, adalah sangat digalakkan untuk diambil bersama-sama Vitamin C.

Penting amalkan pemakanan sihat sepanjang kehamilan.

Walaupun tidak mengandung, adalah sangat digalakkan untuk kita amalkan multivitamin yang mengandungi zat besi bagi mencegah masalah anemia. Selain mengamalkan makanan tambahan, ada juga sayur-sayuran yang membantu untuk meningkatkan paras darah kita.

Amalkan pemakanan yang sihat, pasti tubuh kita juga akan berada dalam keadaan sihat selalu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Kepentingan Zat Besi Untuk Atasi Masalah Anemia Ibu Hamil

Zat besi merupakan nutrien yang sangat penting dalam pertumbuhan manusia sejak dalam kandungan lagi. Itu sebab banyak-banyak jenis darah, darah merah juga yang kena cek setiap bulan sepanjang ibu pergi check up dekat KKIA.


Apa yang penting sangat zat besi ni?

Badan kita perlu oksigen, yang mengangkut oksigen ke seluruh badan kita adalah hemoglobin. Zat besi adalah komponen penting dalam hemoglobin. Kalau kurang zat besi ni dalam hemoglobin, kuranglah juga kandungan oksigen dalam darah yang akan dibawa ke seluruh tubuh ibu hamil.

Bila kekurangan zat besi maka berlakulah masalah anemia yang boleh membuatkan ibu hamil rasa lemas dan letih. Untuk atasi masalah ini, amalkan pemakanan sihat. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur bayam.


Untuk jalan mudah, ambil multivitamin yang terbukti berkesan dalam mengatasi masalah anemia ni. Sepanjang saya hamil, saya amalkan Vitalea Iron Formula, Vitamin C, asid folik untuk atas masalah anemia. Untuk pregnancy saya yang pertama dan kedua, memang bacaan darah tidak begitu cantik. Tapi bila amalkan Set Ibu Hamil Shaklee semasa pregnancy yang ketiga, tidak pernah darah saya kurang dari 11g/dl.


Oleh sebab saya sendiri jarang amalkan pemakanan sihat, saya pilih untuk amalkan makanan tambahan untuk support mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan saya dan ia terbukti sangat membantu. Syukur saya jumpa makanan tambahan yang terbukti berkesan, semulajadi dan selamat diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. Bukan bacaan darah saja yang cantik tau, kulit pun nampak sangat perubahan dari berjerawat kusam berminyak, sampailah kulit jadi lembab. Sukeeeee..

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Petua Merawat Anemia Teruk Bagi Ibu Hamil

Selain kekurangan zat besi, kekurangan asid folik juga antara punca anemia menjadi lebih teruk. Apatah lagi bila badan sangat susah untuk menyerap zat besi. Tu sebab ibu hamil juga perlu amalkan Vitamin C bagi memaksimumkan penyerapan vitamin yang diambil dengan bantuan Vitamin C.


Kesan Anemia Semasa Hamil Yang Bakal Dihadapi Oleh Ibu Sepanjang Berpantang

Tahukah anda? Antara kesan anemia semasa hamil ini boleh menyebabkan kesan buruk terhadap ibu yang bakal berpantang? 


Kita tahu anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi. Zat besi merupakan salah satu komponen dalam darah merah. Kuantiti zat besi dalam darah mempengaruhi penghasilan darah merah dalam badan si ibu. Bila badan ibu hamil kekurangan darah, masalah seperti tumpah darah, pening, lemas badan adalah antara masalah yang akan dialami oleh ibu selepas sahaja melahirkan bayi.

Apa pula kesan anemia ini kepada ibu yang berpantang?

Ibu berpantang akan rasa pening-pening, lemas badan dan yang paling teruk, ibu akan mengalami masalah baby blues (meroyan) yang agak membimbangkan. Ini disebabkan badan dan otak ibu berpantang tidak mendapat sumber oksigen yang cukup kerana kekurangan zat besi. Lagi-lagi ibu berpantang tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi, maka badan akan menjadi terlalu penat.


Masalah anemia semasa hamil akan memberi kesan bukan saja kepada ibu semasa berpantang tetapi juga akan memberi kesan negatif ke atas bayi. Oleh itu, sangat penting bagi ibu terus mengambil zat besi dan asid folik selepas bersalin sehinggalah berpantang untuk memastikan badan mendapat sumber nutrisi yang mencukupi agar dapat mencegah masalah anemia berterusan semasa berpantang.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Ketahui Risiko Anemia Semasa Hamil Yang Bakal Menyebabkan Bayi Dalam Kandungan Anda ...

Semasa kehamilan, bayi akan mendapat zat besi yang diperlukan sebelum ibu mendapat zat besi tersebut. Ibu akan mengalami kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi dalam kandungan sehinggalah ibu mengalami masalah anemia teruk.  Bayi akan menggunakan bekalan zat besi paling banyak semasa trimester kedua dan ketiga. 


Oleh itu, ibu kena ambil peranan memastikan badan mencukupi zat besi pada waktu ini. Masalah anemia bukan sahaja memudaratkan kesihatan si ibu malah juga memberi kesan negatif ke atas bayi dalam kandungan.

Ibu memerlukan zat besi untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Jika ibu mengalami masalah anemia maka ini akan menyebabkan bayi dalam kandungan:
  • Dilahirkan lebih awal (tidak cukup bulan).
  • Kematian bayi dalam kandungan.
  • Pertumbuhan janin terhalang, berat badan bayi terlalu ringan bila dilahirkan (kurang dari 2.5kg).
  • Bekalan oksigen yang sampai ke rahim kurang dan memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.
Lagi teruk bila masalah anemia ini memberi kesan negatif sampailah bayi kita membesar. Bayi yang dilahirkan akan mudah mengalami masalah anemia bila mereka membesar nanti. Begitu juga dengan proses tumbesaran mereka.


Oleh itu, sangat digalakkan untuk ibu mengambil peranan dalam mencegah masalah anemia ini sepanjang kehamilan untuk kebaikan diri sendiri serta kesihatan bayi dalam kandungan. Amalkan pemakanan sihat dan ambil makanan yang kaya dengan zat besi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. xx



Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Risiko Anemia Selepas Proses Kelahiran

Kita tahu anemia ini berpunca dari kekurangan zat besi dalam darah. Tapi bukan itu saja, kekurangan asid folik dan vitamin B12 juga salah satu faktor terjadinya anemia. Anemia bukan sahaja memberi kesan terhadap kandungan ibu semasa hamil, malah juga memberi kesan buruk ke atas ibu selepas ibu bersalin.


Antara risiko anemia terhadap ibu selepas proses kelahiran adalah:

  • Risiko pendarahan akan mengancam ibu hingga hari ke 40 selepas bersalin atau selama rahim kembali mengecut.
  • Disebabkan anemia, otot-otot rahim menjadi lemah dan rahim tidak mampu mengecut dan kembali kepada saiz normal. Maka pendarahan akan berlaku.
  • Ibu boleh mengalami tumpah darah. Nyawa ibu dan bayi akan dalam bahaya.

Oleh itu sangat disarankan kepada ibu untuk mencegah masalah berlakunya anemia ini semasa hamil. Ketahui tanda-tanda anemia supaya ibu dapat elak masalah ni lebih awal. Jika ibu disahkan mengalami masalah anemia, ibu perlu mengambil langkah awal untuk merawat masalah anemia sebelum melahirkan bayi. 

Semoga info ini bermanfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Risiko Anemia Ke Atas Ibu Hamil

Ibu hamil yang mengalami anemia adalah ibu yang mempunyai bacaan darah kurang dari 10 g/dl. Tapi bukan itu yang paling teruk, ibu hamil yang mempunyai kadar hemoglobin kurang dari 7 g/dl. Ini dikenali sebagai anemia gravis. Untuk ibu hamil, jumlah normal hemoglobin adalah 12-15g/dl dengan hematokrit 35-54%.


Adalah sangat disarankan untuk ibu hamil menjalani pemeriksaan kadar hemoglobin sepanjang fasa kehamilan bermula dari trimester 1 sehinggalah trimester 3. Jika ibu hamil mengalami anemia, antara risiko yang bakal ibu hadapi ialah:

  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • proses kelahiran yang lama
  • sentiasa rasa penat
Anemia mempengaruhi kehamilan terutamanya pada awal kehamilan sehinggalah proses kelahiran. Proses pembentukan darah merah dan embrio akan terbantut sekiranya zat besi dalam darah ibu hamil tidak mencukupi. Masalah ini akan jadi lebih teruk pada usia kandungan 5 hingga 6 bulan disebabkan zat besi semakin berkurang.


Oleh itu, ibu tidak boleh ambil ringan masalah anemia ni ketika hamil. Apatah lagi jika membanggakan kita ada masalah anemia. Ibu perlukan sumber nutrisi yang lengkap agar bayi juga dapat membesar dengan sihat dan sempurna dalam kandungan. Jangan lupa buat check up di klinik kesihatan ibu dan anak supaya dapat tahu kandungan hemoglobin setiap bulan.

Semoga info ini memberi manfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Risiko Anemia Ketika Fasa Kehamilan.

Kita tahu punca utama anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan ibu hamil. Faktor lain seperti kesukaran tubuh untuk menyerap zat besi juga mempengaruhi penghasilan sel darah merah. Oleh itu, ibu hamil akan cepat rasa letih atau emosi mudah terganggu.


Jika zat besi, asid folik atau vitamin B12 tidak cukup dalam badan ibu hamil, penghasilan darah merah tidak akan mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi sepanjang fasa kehamilan. Apabila usia kandungan bertambah, isipadu darah juga akan bertambah dan akhirnya menyebabkan pencairan darah akan berlaku.


Apakah risiko yang akan ibu hamil berhadapan ketika hamil?


Bila masalah anemia ini tidak dirawat, komplikasi seperti kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran akan berlaku. Jika ibu hamil tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, mereka akan diberi suntikan zat besi yang akan dilakukan di klinik atau hospital.

Pemindahan darah perlu dilakukan bila berlakunya anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin. Walaupun prosedur ini agak sukar tetapi darah perlu diberikan kepada ibu hamil yang kandungannya berusia 34 minggu ke atas dan mempunyai hemoglobin kurang daripada 7g/dl.

Masalah anemia ini lebih berisiko dengan ibu hamil yang:

  • Hamil anak kembar.
  • Kerap hamil dengan jarak antara 2 kehamilan adalah dekat.
  • Hamil pada usia muda (remaja).
  • Sudah mengalami anemia sebelum hamil.
  • Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan.
  • Tidak mengambil makanan yang kaya zat besi secukupnya.

Anemia yang teruk perlu dirawat sebelum kelahiran bayi bagi mencegah masalah semasa proses kelahiran. Ibu hamil perlu digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan. 



Semoga entri ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

7 Gejala Anemia Yang Ibu Hamil Perlu Tahu!

Ibu hamil perlu memahami keadaan badan sendiri untuk mencegah masalah anemia ini. Ini antara gejala anemia yang boleh disedari oleh ibu yang mengalami:


1. Pucat.

Ibu hamil akan kelihatan pucat, kelopak bawah mata nampak pucat. Sebab kalau sel darah merah cukup, bawah kelopak mata akan berwarna kemerah-merahan.

2. Mudah Penat.

Ini disebabkan badan si ibu kekurangan oksigen yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Ibu akan rasa badan lemas sepanjang hari dan tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Kalau boleh mau saja tidur sepanjang hari.

3. Mual.

Biasanya ibu akan rasa mual selepas bangun dari tidur. Ini yang dinamakan morning sickness.


4. Pening.

Ibu hamil akan kerap merasa pening kepala. Ini juga disebabkan kekurangan oksigen dalam otak si ibu yang disebabkan sel darah merah yang terlalu sedikit.

5. Mengalami Keguguran Rambut.

Ada ibu yang sedang hamil akan mengalami masalah keguguran rambut dan ini menandakan badam si ibu kekurangan nutrisi seperti zat besi. Zat besi salah satu komponen sel darah merah. Tu sebab ibu hamil yang mengalami masalah anemia akan mengalami masalah keguguran rambut.

6. Imun Sistem Merosot.

Ibu hamil yang kerap sakit menunjukkan imun sistem badan semakin lemah. Bila si ibu mengalami gusi berdarah, ini juga menunjukkan imun tubuh si ibu tidak kuat. Sistem imun badan merosot disebabkan oleh kekurangan jumlah sel tenaga dalam badan.



7. Kuku Pucat.

Kita juga boleh tahu ibu hamil mengalami masalah anemia apabila warna hujung kukunya kelihatan pucat. Ibu hamil yang tidak mengalami masalah anemia, hujung kuku mereka kelihatan kemerah-merahan.

Ibu hamil boleh memerhati gejala-gejala ini untuk mencegah masalah anemia lebih awal. Untuk mengatasi masalah ini, ibu perlu menjaga pemakanan dan sangat digalakkan untuk melengkapkan nutrisi bagi mencegah masalah anemia di peringkat awal kehamilan.

Semoga info ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom