Risiko Keguguran Disebabkan Kekurangan Zat Besi

Zat besi sangat penting untuk kesihatan ibu hamil, perkembangan fetus dan untuk tumbesaran bayi. Kekurangan zat besi atau Anaemia (IDA) adalah salah satu komplikasi yang sering dialami oleh wanita hamil.

risiko-keguguran-disebabkan-kekurangan-zat-besi

Apakah kepentingan zat besi sebelum dan semasa hamil?


risiko-keguguran-disebabkan-kekurangan-zat-besi

Ibu hamil memerlukan nutirent lebih dalam badan semasa hamil. Selain asid folik, bakal ibu juga perlu mengambil multivitamin atau vitamin pranatal bagi memastikan tubuh dan kandungan mendapat khasiat yang mencukupi sekaligus melindungi diri dan bayi daripada masalah-masalah ketika kehamilan seperti masalah keguguran dan kelahiran bayi pramatang. Salah satu vitamin dan mineral yang perlu diambil oleh ibu hamil adalah zat besi.

Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Keperluan zat besi bagi wanita sebelum hamil dan selepas hamil berbeza di mana dianggarkan wanita memerlukan hampir 50 peratus lebih banyak zat besi semasa kehamilan.

Artikel berkaitan: 5 Makanan Bantu Atasi Masalah Anemia

Tanda-tanda IDA.

risiko-keguguran-disebabkan-kekurangan-zat-besi

Wanita akan mengalami kelesuan, semput, pucat dan hilang selera makan. Kadang-kadang ada juga ibu yang tidak mengadu mengalami masalah ini sebab badan dorang sudah biasa dengan kekurangan zat besi. Tanda-tanda lazim bagi wanita hamil seperti pening kepala dan lesu badan.

Jika IDA dikenal pasti selepas ibu membuat ujian darah, doktor akan menyarankan tabiat pemakanan yang perlu diambil, bergantung dengan zat besi dalam tubuh ibu serta suplemen yang sesuai.

Tahap hemoglobin untuk wanita tidak hamil adalah 12.0 g/dL. Tahap hemoglobin ibu hamil yang kurang dari 11.0 g/dL semasa trimester pertama atau kurang daripada 10.5 g/dL semasa trimester kedua dan ketiga, ibu akan dikategorikan sebagai anaemia.

Artikel berkaitan: Testimoni Ibu Hamil Atasi Masalah Anemia

Kesan kepada Ibu dan Bayi.


Keadaan IDA yang teruk semasa kehamilan boleh mengundang masalah lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan, risiko jangkitan semasa hamil, ibu kemurungan selepas bersalin, risiko bayi mengalami anaemia semasa tahun pertama kelahiran dan kerencatan perkembangan kanak-kanak.

Zat besi yang mencukupi adalah penting untuk memastikan bekalan lengkap untuk janin dan ibu. Janin memerlukan zat besi dalam tubuh untuk perkembangan otaknya. Perubahan hormon sewaktu hamil akan menyebabkan ibu merasa letih dan kekurangan zat besi dalam tubuh akan memburukkan lagi keadaan. Ibu juga akan kerap mengalami sakit kepala dan kehilangan selera makan yang akan menyumbang kepada kekurangan zat besi. 

Adalah sangat digalakkan agar ibu mematuhi pengambilan dos zat besi iaitu 100mg dan 200mg sehari. Sangat ditekankan supaya wanita yang mengamalkan zat besi tidak mengambil kopi, tea, antasid dan kalsium di mana ini semua akan menghalang penyerapan zat besi.

risiko-keguguran-disebabkan-kekurangan-zat-besi

Bagi pesakit IDA yang selalu mengalami masalah sembelit dan cirit birit dinasihatkan agar minum air masak dan meningkatkan pengambilan makanan berserat. Prun dan jus juga sangat membantu kerana ia kaya dengan zat besi.

Jika pesakit mengalami mual dan muntah-muntah yang teruk, ibu sangat disarankan untuk mengambil suplemen semasa trimester kedua. Pesakit juga disarankan untuk mengambil suplemen zat besi sehingga bersalin kerana mereka banyak kehilangan darah semasa bersalin.

Semasa saya mengandung anak pertama dan kedua, bacaan hemoglobin saya tidak begitu membanggakan. Masa mengandung anak kedua baru saya amalkan pemakanan sihat serta mengambil suplemen untuk menjaga bacaan darah saya sepanjang saya mengandung sampailah saya berpantang. Syukur, proses kehamilan, kelahiran dan berpantang berjalan dengan lancar dengan pengambilan suplemen ini.


Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom