Penting! Ketahui Bahaya Hipotiroidisme Ketika Kelahiran!

Apabila bekalan hormon tiroid dalam darah tidak cukup, banyak fungsi tubuh akan terjejas yang akan menyebabkan simptom-simptom seperti keletihan, berat badan naik, sembelit dan ibu akan rasa lebih sejuk berbanding orang lain.


Akan tetapi kebanyakan ibu hamil sudah lali dengan simptom seperti ini dan mungkin menganggap ianya sesuatu yang biasa. Sesetengah ibu juga menganggap hipotiroidisme ringan (subklinikal) di mana simptom-simptom samada ringan atau tiada langsung. Ini boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme tidak dikesan lebih awal dan akhirnya tidak dirawat.

Jika keadaan ini berterusan, ia mungkin akan menyebabkan:

  • hipertensi akibat kehamilan.
  • kematian bayi sewaktu lahir.
  • kelahiran pramatang.
  • pemisahan plasenta dari dinding rahim.

Semua komplikasi ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Oleh itu, sangat digalakkan untuk ibu menjaga dan sentiasa memerhati simptom-simptom hipotiroidisme. Biasanya nurse akan tanya semasa ibu berklinik kalau-kalau ibu ada rasa bengkak pada leher. Ibu juga perlu ketahui tentang bahayanya hipotiroidsme semasa kehamilan.


Semoga info ini memberi manfaat kepada para ibu di luar sana. xx


Rujukan:
  1. Sahay RK, Nagesh VS. Hypothyroidism in pregnancy. Indian J Endocrinol Metab. 2012 May-Jun; 16(3): 364-370
  2. AACE Thyroid Awarness. The Thyroid and Pregnency [Internet]. n. d. [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.thyroidawarness.com/the-tyroid-and-pregnancy#top
  3. Malaysia. Thyroid Screening in Pregnant Women. Putrajaya: Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. 2008 December.
Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom