Ketahui Kesan Stress Kepada Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi

Kita memang tidak dapat lari dari perasaan stress/tertekan. Lelaki, remaja, kanak-kanak, warga emas pun mengalami tekanan apakan lagi si ibu yang sedang menyusukan bayi dengan keadaan badan yang agak lemah. 

Stress merupakan musuh ketat bagi ibu yang menyusukan bayi, stress juga merupakan salah satu punca penghasilan susu badan ibu berkurang. Semasa proses penyusuan, ibu akan menghasilkan 2 jenis hormon iaitu:
  • Oksitosin.
  • Prolaktin.

Hormon oksitosin atau dalam bahasa Inggeris oxytocin yang berada dalam hipotolamus pada otak kita. Hormon ini berfungsi merangsang kontraksi yang kuat pada dinding rahim yang memudahkan proses kelahiran. Ia juga berfungsi  merangsang penghasilan susu dan merangsang. Hormon ini akan merangsang kelenjar pituitari yang yang terletak di dasar otak untuk merembeskan hormon prolaktin.

Hormon prolaktin dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terletak pada dasar otak. Hormon ini berperanan dalam pembesaran payudara semasa kehamilan dan penyusuan. Kadar hormon prolaktin yang melebihi paras normal akan menyebabkan air susu keluar.

Bila ibu berada dalam keadaan stress/tertekan atau susah hati, keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan dalam penghasilan hormon oksitosin. Apabila hormon oksitosin tidak dapat dihasilkan makan hormon prolaktin juga tidak dapat dirembeskan. Bila ibu berhadapan dengan situasi seperti ini dan tiada siapa yang mendengar luahan hati si ibu, inilah waktunya bila ibu berasa sangat stress/tertekan dan ibu berkemungkinan mengalami baby blues (meroyan).


Untuk elakkan masalah ini berterusan, ibu kena tenangkan fikiran bila mengalami tekanan dan ambil masa untuk rehatkan minda. Adalah sangat digalakkan untuk ibu melakukan perkara yang boleh menghiburkan diri seperti menonton drama, gambar atau video anak semasa mengepam susu badan. Buat benda-benda yang boleh mengembirakan hati agar susu ibu dapat dihasilkan. Minum juga air yang mencukupi setiap hari. 

Suami juga kena ambil peranan dalam membantu dan menemani isteri sepanjang isteri rasa stress/tertekan. Ini disebabkan sokongan suamilah yang paling kuat semasa isteri rasa sangat stress. Berikan isteri perhatian agar isteri rasa disayangi secara langsung membuatkan isteri rasa gembira.


Semasa saya menyusukan anak pertama dan kedua, memang ada masa-masa air susu berkurang. Tambahan lagi badan sangat lemah waktu itu, jadi saya amalkan makanan tambahan untuk menyokong penghasilan susu badan dan mengekalkan tenaga saya. Di sini saya kongsikan 9 Makanan Yang Membantu Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Semoga bermanfaat info ini kepada ibu yang sering mengalami stress/tekanan semasa proses penyusuan.

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom