Ketahui Bahaya Hipotiroidisme Ketika Hamil.

Sesetengah perkara berlaku di luar kawalan kita walaupun kita sudah berusaha menjaga diri dan kandungan. Selain perubahan besar yang berlaku ke atas tubuh kita, salah satu perubahan ketika hamil yang kurang ditekankan ialah tentang kelenjar tiroid atau organ berbentuk rama-rama di pangkal leher.  


Menurut Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin, kelenjar tiroid yang sihat dan berfungsi dengan baik adalah sangat penting untuk setiap orang terutamanya wanita hamil.

"Apabila wanita itu hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metaboliknya yang semakin tinggi serta untuk bayi dalam kandungan. Kelenjar tiroid yang sihat mampu memenuhi keperluan untuk hormon tiroid yang meningkat bagi ibu dan bayi secara semulajadi."
 
"Walau bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin mengalami masalah di mana kelenjar tiroid mereka mampu memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini lalu membawa kepada hipotiroidisme maternal - ia sejenis penyakit tiroid yang mana hormon tiroid yang dihasilkan tidak mencukupi."

Pakar Perunding Endokrinologi ini memberitahu, perkara ini boleh memberi kesan yang serius kepada ibu dan bayi, malah membahayakan kesihatan mereka.


Ibu juga perlu memainkan peranan penting apabila mengalami masalah asing sewaktu kehamilan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang teruk termasuklah masalah hipotiroidisme memberi kesan selepas kelahiran.

Semoga info ini memberi manfaat kepada para ibu di luar sana. xx

Rujukan:
  1. Thyroid Australia. Postpartum Thyroiditis [Internet]. 2001 [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.thyroid.org.au/ThySoc/ThySocPPT.html
  2. ACE Thyroid Awarness. The Thyroid and Pregnency [Internet]. n. d. [cited 2016 Apr 28]. Available from: http://www.thyroidawarness.com/the-tyroid-and-pregnancy#top
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Pregnancy and Thyroid Disease [Internet]. 2013 [cited 2016 Apr 28].

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom