Cara Mudah Atasi Stress Bagi Ibu Hamil Yang Bekerjaya

Ibu hamil yang bekerjaya ini adalah antara ibu yang sering mengalami masalah stress. Macam mana tidak stress, bangun jam 5 pagi uruskan diri dan suami, masuk kerja sampai jam 5 petang, sampai rumah kena masak lagi untuk suami, lain lagi bab cuci kain, lipat kain. Waa berat betul beban tu. Kalau sedang mengandung dengan anak kecil-kecil lagi boleh kena kemurungan tau.


1. Atasi Stress Dengan Bertindak Lebih Bijak

Oleh itu, dalam melakukan sesuatu ibu kena buat rancangan terlebih dahulu. Utamakan dahulu kerja yang paling penting. Bahagikan mengikut keutamaan. Dalam buku Convey, The 7 Habits of Highly Effective People. Fokus dulu perkara yang penting dan selesaikannya dengan lebih awal. Bahagikan kepada:

  • Penting / segera.
  • Penting / bukan segera.
  • Tidak penting / segera.
  • Tidak penting / bukan segera.

2. Ketahui Kemampuan Kita Dan Berkongsi Dengan Orang Sekeliling Agar Mereka Memahami Masalah Kita

Jika ibu merasa tugasan kerja terlalu berat, berbincang dengan bos untuk membolehkan anda melakukan kerja-kerja yang mampu dilakukan oleh ibu hamil. Tapi jangan dahulu kecundang, biar kita cuba usahakan dulu dan ukur kemampuan supaya kita tidak membiarkan alasan menjatuhkan kita.

Amalkan juga suplemen secara teratur dan jadualkan masa berehat. Untuk kuatkan mental, ibu kena banyakkan membaca buku-buku dan artikel yang boleh membangunkan semangat. Biasanya kalau saya, saya suka google saja kata-kata semangat bagi menaikkan semangat saya bila saya rasa down.


3. Risiko Jika Stress Tidak Diatasi Dengan Bijak

Ada beberapa risiko yang ibu perlu lalui bagi masalah stress ketika hamil. 

  • Risiko ke atas bayi.

Bila ibu tidak bijak menangani masalah stress, bayi berisiko untuk mati awal dalam kandungan atau lahir pramatang. Selepas lahir pun, bayi berkemungkinan akan menjadi seorang bayi yang sangat mudah menangis dan gemar membuat ragam.

  • Risiko atas diri sendiri.
Sudah pasti melibatkan gangguan kesihatan mental si ibu. Ada juga ibu yang mengalami masalah meroyan selepas bersalin, sehingga mengalami tahap meroyan yang teruk sampai ingin membunuh nyawa orang sekitarnya termasuk bayi sendiri.

Dinasihatkan jika berpeluang, ibu ambil cuti lebih awal sebelum bersalin jika sudah tidak mampu mengatasi masalah tekanan yang dihadapi. Ini disebabkan ibu perlu berehat. Ingatlah, bahawa kita sebagai ibu sedang membesarkan individu yang bernyawa oleh itu kita memerlukan rehat yang cukup demi mengurangkan rasa tertekan yang dihadapi agar emosi dan mental dapat distabilkan.


Suami juga perlu memainkan peranan penting sekiranya isteri mengalami masalah stress sewaktu hamil. Tidak kira lah isteri ada kerja sendiri mahupun seorang surirumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada para ibu yang mengalami masalah stress ketika hamil. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom