Cara Mengatasi Masalah Stress Bagi Ibu Hamil Yang Ada Anak Kecil

Ibu berkerjaya yang sedang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai anak kecil, kenalah ada sistem agar ibu tidak terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling. Contohnya, tetapkan jadual harian untuk anak-anak. Daripada awal pagi sehinggala ke malam sebelum mereka tidur.


Buat sistem khusus yang mudah ibu ikuti. Tetapkan di mana ibu perlu selesaikan kerja rumah seperti mencuci pakaian, menjemur kain dan melipat kain. Dalam mencapai kerja harian dengan teratur, sudah pasti dapat mengurangkan masalah stress. Ibu kena lebih kreatif dengan mengendalikan kerja di tempat kerja dan rumah.


Apabila mempunyai anak yang ramai, kehidupan harian anda sekeluarga mungkin akan menjadi kelam kabut. Oleh itu, ibu kena latih anak-anak untuk ikut sistem yang kita sudah sediakan. Hasilnya nanti sudah pasti dapat meringankan beban kita sambil melatih anak-anak lebih berdisiplin. Kena hati-hati, jika gagal stress mungkin akan bertambah lagi dan akan memberi keburukan kepada diri ibu sendiri dan kandungan.

Jika berkemampuan, boleh juga upah pembantu rumah mingguan. Bahagikan kerja yang ibu boleh lakukan dan yang tidak mampu dilakukan supaya ibu juga boleh lebih fokus kepada mendidik anak-anak dan meningkatkan kembali kesihatan sendiri.

Selain itu, suami juga kenalah ambil peranan dalam membantu meringankan isteri. Isteri sudah bertarung nyawa mengandungkan anak kita, takan kita sebagai suami tidak mampu pula meringankan beban isteri.. kan? Haruslah saling bantu membantu baru rumahtangga lebih bahagia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom