AWAS! Hati-Hati Dengan Kesan Hipotiroidisme Selepas Kelahiran!

Seperti yang saya sudah kongsikan dalam entri sebelum ini, kita dapat tahu bahayanya hipotiroidisme ini ketika hamil dan ketika kelahiran. Dalam entri hari ini pula saya akan kongsikan bahaya hipotiroidsme selepas kelahiran.


Sesetengah wanita mungkin mengalami tiroiditis selepas bersalin atau postpartum thyroiditis (PPT), sejenis keradangan pada kelenjar tiroid dalam tahun pertama selepas melahirkan bayi. Walaupun sebab utama PPT tidak jelas, ada kemungkinan bahawa ibu yang mengalami masalah ini sebenarnya mempunyai masalah tiroid autoimun yang tidak dikesan dan ia menjadi lebih teruk selepas melahirkan bayi akibat perubahan fungsi imun.

Malangnya PPT ini sukar dikesan kerana ia biasanya dianggap sebagai tekanan menjaga bayi baru lahir dan gangguan mood selepas bersalin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perubahan emosi si ibu. Wanita-wanita yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk membentuk hipotiroidisme kekal dalam masa 5 hingga 10 tahun selepas mengalami PPT.


Oleh itu, ibu kenalah jaga kesihatan sebelum bergelar sebagai seorang ibu lagi. Amalkan pemakanan sihat, minum air yang mencukupi, bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan ambil makanan tambahan yang membantu dalam mengimbangkan hormon kita. Semoga info ini bermanfaat kepada pada ibu di luar sana. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom