Apa Suami Harus Lakukan Bila Isteri Mengalami Stress Ketika Hamil?

Banyak perubahan akan ibu alami semasa proses kehamilan. Selain perubahan berat badan, perubahan emosi juga turut terlibat. Tekanan yang tidak ditangani dengan bijak boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.


Sekarang, ramai isteri mempunyai kerjaya bagi meringankan beban suami. Oleh itu, ini bermaksud banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Lebih membebankan lagi bila isteri sedang hamil pada waktu itu.

Tanpa kerjasama dengan suami, rumah tidak akan menjadi sempurna. Istilah membantu bukan istilah yang patut digunakan untuk soal kerja rumah. Suami kenalah ubah mindset dari "membantu isteri buat kerja rumah" kepada "kerja rumah adalah kerja saya juga". Kunci utama adalah melakukan bersama-sama. Sebagai ketua keluarga, suami perlu lebih bertanggungjawab. Baru dapat mengetuai keluarga dengan baik.


Adalah sangat digalakkan untuk suami isteri merancang kehamilan. Ini bagi memastikan dalaman isteri benar-benar pulih. Maka, isteri dapat mengembalikan kesihatan dalaman dan luaran secara keseluruhan. Dalam masa yang sama dapat memudahkan diri menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak, mengemudi keluarga bersama suami serta menghadapi sebarang jenis tekanan dalam kehidupan agar lebih berdaya dan cemerlang.


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom