Amalkan Petua Ini Untuk Mencegah Masalah Gastrik Semasa Berpuasa

Berpuasa dengan gastrik memang tidak dapat dipisahkan. Tapi dengan petua ini, anda boleh mencegah masalah gastrik semasa berpuasa. Ini antara petua tersebut:


  1. Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana sahaja dan jarakkan pengambilan makanan.
  2. Berbuka dengan buah kurma dengan segelas air dan dahulukan solat magrib.
  3. Makan nasi separuh pinggan. Amalkan lauk seperti ikan stim dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  4. Selepas selesai terawikh makan buah-buahan, biskut, oat ataupun roti.
  5. Segera berbuka dan lewatkan bersahur.
Bagi mereka yang ada masalah gastrik, lebih baik elakkan dari:
  • Makan makanan bergoreng.
  • Makan makanan tin. Ini disebabkan kandungan asid yang tinggi.
  • Makan makanan tinggi asid seperti oren, limau dan tomato.
  • Minum minuman bergas.
  • Merokok.
  • Minum minuman berkafein seperti kopi dan tea.
  • Tidur sebaik sahaja bersahur atau berbuka.
  • Berbuka dengan kualiti yang banyak.

Gastrik merupakan penyakit berkaitan dengan pedih ulu hati. Dalam istilah perubatan, gastrik dikenali sebagai radang yang berlaku pada lapisan permukaan perut. Biasanya ia disebabkan oleh jangkitan kuman Helibactor Pylori, alahan,pengambilan ubatan seperti ubat tahan sakit ataupun ubat untuk masalah ketagihan merokok.


Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom