9 Makanan Yang Membantu Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Bukan semua ibu mampu menghasilkan susu sejurus selepas bersalin. Ada yang selepas 3 hari baru mampu mengeluarkan susu tapi itu pun tidak banyak. Inilah antara punca ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami tekanan. Lain lagi air susu kurang, lain lagi sakit badan, lain lagi orang di sekeliling mula lontarkan komen-komen negatif.

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Usah risau ibu! Hari ini saya kongsikan 8 jenis makanan yang ibu boleh ambil bagi merangsang penghasilan susu ibu tidak kira seminggu selepas bersalin mahupun setahun selepas bersalin.

Kebanyakan pakar laktasi atau ibu yang berpengalaman akan menyarankan untuk mengambil makanan ini bagi membantu memperbanyakkan susu ibu. Makanan ini dikenali sebagai makanan laktogenik yang mana memberi kelebihan kepada ibu yang selalu menyusukan bayi serta mengepam susu. Masukkan saja makanan laktogenik ini dalam diet harian dan ia akan membantu meningkatkan pengeluaran susu yang lebih meriah.

8 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU MENRANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU


1. Beras Perang

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Beras perang adalah karbohidrat kompleks yang memberi tenaga perlu semasa penyusuan. Pengambilan beras perang juga membantu meningkatkan tahap serotonin dalam otak dan membantu mengawal emosi, selera dan tidur si ibu.

Selain itu, beras perang juga membantu merangsang rembesan prolaktin iaitu hormon utama untuk proses penyusuan.

2. Bayam

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Bayam kaya dengan kalsium, zat besi, Vitamin K, Vitamin A dan asid folik. Asid folik adalah mineral penting untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak. Sayuran hijau gelap seperti bayam ini mengandungi phytoestrogens yang membantu meningkatkan kesihatan tisu patudara dan membantu proses laktasi.

3. Aprikot

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Jenis aprikot kering mengandungi phytoestrogens yang membantu untuk mengimbangkan hormon semasa penyusuan. Aprikot adalah makanan yang kaya dengan serat, Vitamin A, Vitamin C, potassium dan kalsium. Ia juga mengandungi tryptophan yang berfungsi secara semulajadi dalam meningkatkan tahap prolaktin.

4. Asparagus

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Asparagus yang kaya dengan serat, asid folik, Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin K untuk membantu dalam penyusuan. Asparagus juga mengandungi phytoestrogens bagi membantu penghasilan susu dan mengekalkan pengeluaran susu yang sihat.

Selain itu, ia juga mengandungi tryptophan iaitu asid amino penting yang merangsang pengeluaran prolaktin dan meningkatkan pengeluaran susu.

5. Lobak Merah

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Ramai yang tidak tahu dengan keberkesanan lobak merah untuk penyusuan. Sama juga macam bayam, lobak merah juga mengandungi phytoestrogens dan kaya dengan beta-karoten serta Vitamin A yang mana kedua-dua ini sangat bagus untuk penyusuan. Jus lobak sangat baik untuk ibu yang sedang menyusukan bayi kerana ia dapat membekalkan tenaga tambahan yang diperlukan oleh ibu dan membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.

6. Oatmeal

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu merehatkan tubuh. Ia juga berfungsi mengeluarkan oksitoksin (hormon yang terdapat dalam pengeluaran susu). Oatmeal juga membantu dalam menurunkan kolestrol dan mengekalkan kesihatan tekanan darah.

7. Betik

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Betik memang sudah lama menjadi pilihan makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Secara tradisionalnya, betik yang muda dimasukkan ke dalam masakan seperti masak bening untuk dihidangkan kepada ibu berpantang. Enzim dan phytokimia yang ada dalam buah betik mampu menggalakkan tisu pada payudara untuk merangsang proses penyusuan. 

8. Air

9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Proses penyusuan akan membuatkan badan ibu kekurangan air dan akan menjadikan ibu dehidrasi. Jadi ibu perlu minum air banyak untuk membantu tubuh kekal hidrat dan sekaligus membantu menghasilkan lebih banyak susu. Jika ibu rasa haus, minumlah air kosong dan ibu juga boleh minum segelas air sebelum mula menyusukan si manja.

9. Set Penyusuan Ibu


9-makanan-yang-membantu-merangsang-penghasilan-susu-ibu

Selain makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ibu juga boleh amalkan makanan tambahan seperti Set Penyusuan Ibu ini. Ramai sudah ibu yang bebas dari masalah kekurangan susu selepas mengamalkan makanan tambahan ini. Untuk info lengkap tentang set ini boleh baca dalam entri saya di "Manfaat Set Penyusuan Shaklee Untuk Ibu".

Semoga entri saya ini memberi manfaat kepada anda.


Luv,

Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom