5 Risiko Kehamilan Selepas Usia 35 Tahun

Banyak risiko yang boleh menimpah si ibu apabila hamil pada lewat usia. Tapi kita masih boleh mencegah risiko-risiko ini sekiranya kita sentiasa menjaga kesihatan sebelum dan semasa kehamilan. Risiko-risiko ini berlaku disebabkan imun kita semakin lemah dan kesihatan sel kita semakin merosot apabila usia kita meningkat.

Ini 5 risiko kehamilan bila ibu hamil selepas usia mencecah 35 tahun. Antaranya ialah:

1. Masalah Kesuburan


Semakin lanjut usia, semakin rendah tahap kesuburan lelaki dan wanita. 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada usia 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa setahun. Manakal, jumlah ini menurun kepada 61% di usia 31-34 tahun. Pada usia 35 tahun dan ke atas, hanya 54% sahaja wanita yang berjaya hamil.

2. Masalah Kesihatan Bayi

Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan boleh menyebabkan masalah kepada bayi. Antara masalah yang akan dialami oleh bayi ialah masalah kurang berat badan, kelahiran pramatang dan meninggal dunia semasa dalam kandungan.

3. Komplikasi Bersalin

Wanita yang berusia 35 tahun lebih sukar melahirkan bayi secara normal. Ini menyebabkan ibu terpaksa menerima bantuan vakum, forsep atau pembedahan caesarean. Ada kajian mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensetif terhadap oksitoksin. Hal ini menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan baik. Perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat laun menyumbang kepada masalah kelahiran.

4. Masalah Kesihatan Ibu

Bila usia meningkat, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan seperti darah tinggi, diabetes, kolestrol tinggi dan sebagainya. Keadaan kesihatan ini mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan juga kesihatan ibu.

5. Risiko Bayi Sindrom Down

Risiko Sindrom Down yang boleh menyerang bayi anda ini didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia.


Amalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan sel ibu sebelum dan semasa kehamilan bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan dan risiko kecacatan pada kandungan. Ibu boleh amalkan suplemen beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dan pastikan juga ibu mengamalkan supplemen yang selamat untuk ibu hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom