5 Makanan Yang Membantu Mengatasi Masalah Anemia

Anemia merupakan satu masalah kesihatan semasa kehamilan yang mana si ibu mengalami masalah kekurangan zat besi. Walaupun masalah ini biasa kita dengar tapi bila ibu tidak mengambil langkah ntuk mengatasi masalah ini, ia boleh menyebabkan keguguran sewaktu kehamilan. Oleh itu, sangat digalakkan untuk ibu mencegah masalah ini berlarutan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

5-makanan-yang-membantu-mengatasi-masalah-anemia

Selain mengamalkan makanan tambahan yang diberikan di klinik, ibu juga boleh ikhtiar dengan 7 jenis makanan yang membantu mengatasi masalah anemia ini.

1. Bayam

Bayam merupakan sayur yang kaya dengan kalsium, zat besi, beta karoten, kalium, Vitamin A, Vitamin B2, Vitamin C dan Vitamin E.

Zat besi yang membantu menghasilkan lebih banyak sel darah merah supaya oksigen dapat dihantar ke setiap sudut tubuh si ibu.

5-makanan-yang-membantu-mengatasi-masalah-anemia

Selain itu, Vitamin C baik untuk menguatkan imun sistem sewaktu kehamilan. Kebanyakan ibu hamil mengalami pendarahan gusi sewaktu kehamilan, ini menunjukkan imun sistem si ibu lemah. Beta karoten pula baik untuk mencegah penyakit kardivaskular.

Kalau ibu tidak gemar dengan sayur bayam, boleh juga cuba pelbagaikan. Contohnya buat pizza bayam atau omelete bayam.

2. Daging Merah

Heme iron ada dalam daging. Jantung, ginjal dan hati dari daging merah juga mengandungi zat besi yang tinggi. Selain itu, ibu hamil juga mendapat Vitamin B12. Amalkan 2 hingg 3 kali seminggu untuk mengatasi masalah anemia.

3. Tomato

Selain kaya dengan Vitamin C, tomato juga kaya dengan zat besi. Vitamin C yang ada pada tomato betindak untuk menyerap zat besi dari makanan lain. Walaupun zat besi dalam tomato tidak begitu tinggi tapi antioksidanya baik untuk kesihatan jantung kita. Tomato juga mengandungi kalimu yang berfungsi untuk menjaga tekanan darah si ibu.

4.  Telur

Telur merupakan sumber protein terbaik. Protein mampu memberikan si ibu rasa kenyang yang lebih lama. Selain mengandungi zat besi, telur juga mengandungi zink yang membantu dalam pembentukan darah.

5. Kurma
Kurma merupakan sumber mineral yang baik. Ia juga mengandungi kalsium, sulfur, zat besi, kalium, fosfor, magnesium dan copper yang membantu memberi tenaga kepada ibu hamil. Selain itu, kurma juga mampu menjaga kepadatan tulang ibu hamil.

5-makanan-yang-membantu-mengatasi-masalah-anemia

Oleh sebab kebanyakan ibu hamil masa sekarang bukan selalu mempunyai masa untuk menyediakan makanan sihat sepanjang kehamilan. Sangat digalakkan ibu hamil yang sibuk dengan kerja di pejabat dengan urusan kerja di rumah amalkan makanan tambahan secara sihat. Ini bagi memudahkan kerja si ibu juga. Ramai ibu bekerja yang amalkan suplemen Set Kehamilan memberi positive feedback dengan masalah anemia mereka. Biar kita cegah sebelum parah.

Artikel berkaitan: Cara Ibu Atasi Masalah Anemia Dengan Mudah

Semoga perkongsian entri ini memberi manfaat kepada para ibu yang mengalami masalah anemia. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom