5 Cara Atasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

Sepanjang berpuasa ada kemungkinan kita mengalami rasa tidak selesa. Di sini saya kongsikan cara-cara untuk atasi masalah ini.


1. Keletihan

Keletihan biasanya berpunca daripada tidur yang tidak cukup, kandungan nutrien dalam pemakanan dan kehilangan elektrolit. Semasa berpuasa, pastikan anda:

  • Dapat rehat yang mencukupi dan tidur yang berkualiti supaya kita bangun dengan badan yang lebih segar.
  • Pastikan badan terhidrat dengan Performance Drink.
  • Rancang makanan dan sertakan makanan yang memberi tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein.
  • Masukkan juga Coenzyme Q10 dalam diet untuk tingkatkan tenaga seharian.
2. Dehidrasi


Badan kita secara semulajadi  kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa. Ia juga menyebabkan sakit kepala. Elakkan dehidrasi dengan:
  • Kekal sejuk.
  • Elakkan pendedahan kepada haba berlebihan.
  • Ambil Performance Drink untuk menghilangkan dahag, memberkalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
3. Kenaikan Berat Badan

Kita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa. Kekalkan berat badan optimum dengan:
  • Makan secara sederhana.
  • Amalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
  • Menutup jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang memberikan 19 jenis vitamin dan mineral penting.
  • Urus berat badan dengan Cinch Shake Mix yang kaya dengan protein, serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti pencuci mulut.

4. Sembelit

Sembelit juga antara ketidakselesaan semasa berpuasa yang disebabkan oleh pengambilan cecair dan serat yang rendah. Untuk atasi masalah ini:
  • Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
  • Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Atur pergerakan usus dengan campuran propietari yang diperingkatkan seperti daun senna, di mana ia digunakan secara tradisi sebagai julap semulajadi.
5. Gastrik (Pedih Ulu Hati)

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Masalah pedih ulu hati ni berlaku bila pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid dalam perut. Kawal pedih ulu hati dengan:
  • Makan secara sederhana.
  • Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti yang berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
  • Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.

Adalah sangat digalakkan untuk kita menjaga pemakanan kita semasa berpuasa. Biar kita berpuasa dengan niat untuk menunaikan ibadah sambil menjaga kesihatan, elakkan dengan nafsu untuk makan semua makanan yang ada di depan mata kita. Semoga info ini memberi manfaat. xx


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom