5 Cabaran Yang Bakal Dihadapi Oleh Ibu Baru

Kehadiran si manja dalam keluarga baru kita semestinya melengkapkan dan menyerikan alam perkahwinan. Tapi kehidupan sebagai seorang ibu baru tidak seperti yang kita sangkakan. Terutama beberapa minggu selepas kelahiran bayi. Tempoh inilah si ibu perlu bersedia dan bersabar dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi.


Antara yang bakal ibu baharu ini hadapi adalah perubahan jadual hadian menjadi sedikit kucar-kacir. Dulu kita mampu saja dapat waktu tidur yang cukup, tapi bila status sudah berubah menjadi seorang ibu harapan untuk dapat tidur yang lena tiada sudah. Kini bukan lagi tentang diri kita tapi sepenuhnya tentang si manja. Ibu kena lengkapkan diri dengan pelbagai panduan untuk persediaan. Utamakan perkara penting dahulu.

1. Segerakan Penyusuan


Perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh ibu baru adalah menyusukan bayi. Selepas melahirkan si manja, ibu perlu lakukan penyusuan sekurang-kurangnya setengah jam selepas bersalin. Jangan beri bayi anda sebarang makanan lain atau menggunakan botol susu.

Ketahui bahawa kolostrum iaitu susu pertama yang keluar dari payudara si ibu adalah yang terbaik dan dilengkapi dengan imunisasi untuk si manja. Elakkan dari memberi si manja meminum air masak. Ibu juga bakal berhadapan dengan masalah kekurangan susu badan.


2. Hadkan Pelawat


Biasalah kawan-kawan dan keluarga datang melawat selepas si ibu selamat bersalin tapi jangan terlampau kerap agar si ibu dan suami dapat meluangkan masa berdua bersama si manja. Menjaga kesihatan bayi juga sangat penting pada fasa ini. Sebaik-baiknya, terima tetamu selepas si manja menerima imunisasi ketiga iaitu semasa berusia 2 bulan.

3. Sesuaikan Pakaian Bayi

Pilih pakaian yang sesuai mengikut suhu samada suhu rumah, suhu bilik mahupun suhu di luar. Beli pakaian yang diperbuat daripada cotton agar peluh bayi senang diserap dan dapat elakkan ruam panas.

4. Bijak Menggunakan Kerusi Keselamatan Bayi


Sebaik saja keluar dari hospital, sudah tentu ibu akan menggunakan kereta untuk membawa si manja pulang ke rumah. Sangat disarankan untuk meletak si manja dalam kerusi keselamatan berbanding mendukungnya di kerusi anda. Sebelum bersalin, sediakan kerusi keselamatan dan belajar bagaimana untuk memasang dan cara meletakkan bayi dengan betul dalam kerusi keselamatan.

5. Memotong Kuku Bayi


Buat semasa bayi sedang tidur dan lakukan pemotongan kuku ini pada usia bayi 18 bulan. Cara selamat untuk memastikan kuku bayi pendek adalah dengan mengetip hujung kukunya sahaja. Elakkan dari mencederakan kuku si manja, hati-hati tau. Gunakan kepit kuku yang lebih besar daripada saiz kuku bayi.

Semoga entri ini memberi manfaat kepada pada ibu yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka. xoxo

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom