4 Masalah Kulit Si Manja Yang Ibu Perlu Tahu

Bayi baru lahir mempunyai kulit yang sangat sensetif dan nipis berbanding orang dewasa. Menjaga kulit bayi ni agak mencabar dan rumit sebab kulit mereka sangat sensetif. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan supaya si manja dihindari daripada masalah kulit. Di sini saya kongsikan 4 masalah kulit si manja.


1. Ruam Panas

Ruam panas ini ialah biji kecil yang kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang terdedah dengan peluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. 


Cara untuk merawat ruam panas adalah dengan mendedahkan bahagian yang diserang ruam panas dengan persekitaran yang lebih dingin. Pastikan kawasan ruam panas sentiasa kering dan pakaikan bayi dengan pakaian kain kapas yang longgar.

2. Kepala Berkerak

Biasanya kepala berkerak ini terjadi pada bulan pertama atau kedua dan ia akan hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seboroik yang disebabkan oleh minyak berlebihan. Maka muncullah ia sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam merah. Ia biasanya ada pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung atau belakang telinga.


Keadaan ini selalunya terjadi kepada bayi yang mempunyai masalah ekzema. Dapatkan rawatan atau syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sesekali mengikisnya. Biar ia tanggal sendiri.

3. Ekzema

Ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala tetapi ia boleh merebak pada lengan, kaki, dada atau bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. 


Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.


4. Ruam Lampin

Kalau bayi anda mempunyai kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia kerterlaluan.

Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.


Ibubapa kenalah pantau kulit bayi terutama semasa bayi baru beberapa hari dilahirkan sebab masa itulah kulit bayi sangat sensetif. Jaga suhu bilik dan pakaian-pakaian bayi. Jaga juga produk mandian yang kita pakaikan kepada bayi kita.

Semoga info ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom