3 Tips Penjagaan Payudara Agar Payudara Kekal Anjal Bagi Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi

Selepas bersalin, memang banyak perubahan yang akan dialami oleh si ibu. Tidak kira pada segi fizikal mahupun mentalnya. Peubahan fizikal yang paling ketara adalah payudara si ibu. Walaupun si ibu tidak menyusukan bayinya memang payudara akan berubah selepas melahirkan anak. Ramai ibu yang bimbang kalau payudara berubah bentuk selepas bersalin. Dalam entri ini, saya mahu kongsikan tips penjagaan payudara agar payudara ibu kekal anjal selepas bersalin dan semasa menyusukan si manja.


3 TIPS PENJAGAAN PAYUDARA AGAR PAYUDARA KEKAL ANJAL BAGI IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI.


Susu akan mengeluarkan kolostrum selepas bayi dilahirkan. Disebabkan payudara si ibu penuh dengan susu, sangat penting untuk si ibu menjaga aset sebaik-baiknya. Penjagaan payudara termasuklah memilih coli atau pakaian dalam yang betul serta penjagaan kebersihan payudara. 

1. Pemilihan Coli Semasa Menyusukan Si Manja


Coli sokongan yang betul akan memberi keselesaan pada payudara si ibu. Jangan guna coli yang berdawai kerana ia akan menyekat pengeluaran susu dan menyebabkan payudara sakit. Pastikan si ibu memakai coli yang mempunyai tali yang luas dan tidak meregang supaya dapat menampung berat payudara sekaligus tidak menyakitkan bahu si ibu.

Pilih coli penyusuan yang diperbuat daripada kain kapas. Pastikan si ibu mempunyai coli penyusuan sekurang-kurangnya 2 helai agar si ibu boleh menggunakannya setiap hari. Sehelai dicuci, sehelai lagi diguna. Selain itu, lebih mudah jika si ibu menggunakan coli yang boleh dibuka di bahagian hadapan bagi memudahkan proses penyusuan.

2. Cara Penyusuan Yang Betul Untuk Menjaga Payudara


Pastikan  si manja berada pada posisi dan lekapan yang betul semasa penyusuan. Pastikan juga hampir keseluruhan areola berada dalam mulut bayi. Susukan si manja lebih kerap bagi mengelakkan masalah bengkak susu. Masa hentikan si manja daripada sesi penyusuan, gunakan satu jari dengan menolak mulutnya daripada meneruskan penyusuan.

3. Amalkan Makanan Tambahan Yang Membantu Menganjalkan Payudara


Masa saya menyusukan anak pertama, saya memang tiada pengalaman dalam menjaga aset payudara ini. Payudara mengecut lebih kecil selepas berhenti menyusukan anak pertama. Memang tidak cantik sampai boleh bagi kesan dengan self esteem tau. Tapi bila menyusukan anak kedua, saya belajar dari pengalaman menyusukan anak pertama.

Saya amalkan makanan tambahan yang membantu menganjalkan payudara seperti protein, collagen dan alfalfa. Selain air susu meriah, saya perasan payudara saya lebih anjal walaupun semasa dan selepas berhenti menyusukan anak kedua. Lebih yakin dengan bentuk badan tau hehe.. Orang pun ramai cakap badan seperti masih anak dara tidak nampak pun macam sudah anak dua. Hehe.. Manalah ibu yang tidak happy bila kena puji macam tu kan..

Boleh baca tentang produk yang saya amalkan dalam entri ini "Manfaat Set Penyusuan Shaklee". Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda.

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom