3 Makanan Mudah Disediakan Yang Memberi Tenaga Berpanjangan Semasa Berpuasa

Bukan mudah untuk kekalkan tenaga kita sepanjang hari selama sebulan. Ada yang jam 10 pagi badan sudah mula lemas. Hari ini Brigett kongsikan 3 makanan mudah disediakan yang memberi tenaga berpanjangan serta mampu membekalkan nutrisi lengkap sepanjang ibadah berpuasa.


1. Anggur dan Kismis

Anggur yang kaya dengan resveratrol ini melindungi tubuh dari mengalami kerosakan tisu sebab resveratrol merupakan agen antioksida. Biji anggur pula kaya dengan flavonoid yang membantu merendahkan risiko pembentukan lemak dalam saluran darah ke jantung kita.

Semasa sahur, makan saja buah anggur atau jadikan ia sebagai jus. Ia sesuai ditambah dengan salad atau pencuci mulut. Buah kismis dengan kekacang merupakan snek sihat yang boleh diambil selepas solat tarawih.



2. Madu

Selain memberi kita tenaga, madu juga bertindak sebagai anti-keradangan dan meningkatkan imunisasi kita. Madu biasanya digunakan sebagai pemanis dalam minuman dan makanan. Madu asil mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dan ia berkrim. Madu asil mempunyai kadar glisemik yang rendah, pesakit kencing manis boleh amalkan madu asli. Campurkan madu asli dengan serbuk kayu manis untuk rasa yang lebih sedap.

3. Kurma

Kurma sangat popular sebagai sumber tenaga semasa bulan puasa. Buah kurma kaya dengan sumber tenaga, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Buah kurma juga boleh diambil dengan pelbagai cara, boleh dijadikan susu, chutney, pencuci mulut atau makan bersama salad begitu saja.


Semoga  perkongsian entri hari ini memberi manfaat. 

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom