Surirumah Kongsikan Cara Mudah Untuk Bayar Hutang PTPTN RM1000 Sebulan

Saya cuma seorang surirumah yang jalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Saya mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 4 tahun dan 3 tahun. Memang mencabar menjalankan perniagaan dari rumah sambil jaga anak-anak. Syukur Tuhan kurniakan saya cahaya mata yang tidak cerewet dan mudah diurus.

Saya mula berniaga sejak 2015. Sekarang sudah masuk 3 tahun saya menjalankan perniagaan drosphip ni. Memang banyak sudah yang saya nikmati dari perniagaan dropship Shaklee. Selain dapat income 4 angka setiap bulan, saya juga dapat car bonus dan percutian percuma. Best juga surirumah dapat bercuti percuma sekali sekala.

Sekarang saya sedang langsaikan hutang PTPTN. Sebab saya mampu, saya bayar RM1000 sebulan. Baru dapat habiskan cepat sebab saya bercadang mahu beli rumah selepas habis bayar PTPTN. Saya berbesar hati mahu bantu surirumah yang ada hutang PTPTN ni.



3 Cara Mudah Untuk Mulakan Langkah Langsaikan Hutang PTPTN:

1. Mulakan Bisness Dropship dari Rumah.

Saya pilih bisness dropship sebab yurannya yang sangat rendah. Kurang risiko dan tidak banyak belanja untuk marketing. Saya buat bisness dropship Shaklee. Yuran cuma RM65 saja.



2. Cuma Kena Rajin Promote

Saya mulakan bisness ni pun selepas saya dapat kesan positif dari produk Shaklee. Saya cuma kongsikan Shaklee Effect, dan bantu orang-orang yang ada masalah kesihatan sama macam saya.

Shaklee ada pelbagai produk, termasuklah:
  • Vitamin
  • Set Skincare
  • Set Penjagaan Rambut
  • Set Penjagaan Rumah
  • Jug Penapis Air Tanpa Wayar



3. Urus Kewangan Dengan Bijak.

Walaupun kita surirumah, tapi kitalah yang paling cenderung buat online shopping kan? Kena tahan nafsu membeli tau. Bila kita dapat untung dari bisness kita, cuba urus kewangan dengan bijak. Bahagikan berapa % yang perlu kita agihkan untuk bayar hutang PTPTN, berapa % untuk simpanan dan berapa % untuk keperluan anak-anak serta untuk memenuhkan kehendak kita.

Saya jenis yang tidak suka membeli. Cuma suka window shopping saja. Hehe.. Kadang-kadang tu melawat shoppee juga tapi tidak membeli.

Setiap surirumah pun ada impian. Tapi demi anak-anak kita sanggup lepaskan impian kita. Orang cakap sayang ada ijazah, sayang ada diploma tapi akhirnya jadi surirumah. Sebenarnya itu cuma pandangan orang lain, kita tahu kita buat pilihan yang terbaik. Tapi sekarang surirumah pun boleh jana income 4-5-6 angka dari rumah sahaja, yang penting kesungguhan untuk mencapai impian biarpun dari rumah. Tiada yang mustahil dalam hidup ini kecuali kita terlalu rendahkan kebolehan diri sendiri. Kami buka intake


More tips di Brielle Academy. Sekarang kami buka intake untuk business partner baru. Untuk sertai team kami boleh hubungi kami di http://brielleacademy.wasap.my.


Luv,
Brigett Rusx.
Mentor Shaklee Malaysia Sejak 2015.
Car Bonus Achiever
Shaklee Free Trip Qualifier
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Set Kesihatan Shaklee Untuk Si Manja Yang Semulajadi dan Terbukti Berkesan

Tiada ibubapa yang sanggup melihat anak sendiri selalu sakit kan? Saya sendiri pun ada pengalaman imun anak tidak kuat. Keluar masuk wad kanak-kanak, balik-balik tengok anak kena jarum untuk ambil darah.. Tidak sanggup lagi dengar anak menjerit-jerit kesakitan. Kita sebagai ibubapa mampu mengawal keadaan ini dengan menjaga kesihatan anak-anak.

Selain menjaga makan minum mereka, perlu juga vitamin untuk anak-anak bagi kesihatan dan proses tumbesaran mereka. Saya bagi anak-anak saya makan Set Kesihatan Shaklee Si Manja sebagai makanan tambahan mereka.

Antara suplemen Shaklee yang terbaik buat si manja ialah:




1. Meal Shakes

  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting untuk memenuhi lopong-lopong nutrisi dalam badan si manja.
  • Sumber serat dan protein terbaik.
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. 
  • Protein penting untuk perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein.
  • Kaya dengan kalsium dan zink.
  • Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Zink memainkan peranan dalam pertumbuhan.
  • Rasa enak dan manis semulajadi sesuai dijadikan sarapan kepada anak-anak kecil dan remaja.
  • Sesuai bagi kanak-kanak yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk tablet/pill.
  • Membantu menaikkan selera.


2. Vita-lea For Children

  • Mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral untuk memenuhkan lopong-lopong nutrisi pada badan si manja.
  • Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua 8 jenis Vitamin B, serta Vitamin C, D dan E yang menyokong tubuh yang lebih sihat.
  • Tanpa bahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan. Pemanis semulajadi dari xylitol yang tidak akan merosakkan gigi.
  • Bebas gluten dan berperisa anggur.
  • Membantu menguatkan imun si manja.


3. OmegaGuard

  • Membekalkan 7 jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil.
  • Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan si manja dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
  • Melalui 3 kali Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk memastikan ketulenan Omega-3 serta menyingkirkan bahan tercemar dan mengurangkan bau dan rasa hanyir.
  • Membantu dalam perkembangan otak dan penglihatan si manja.
  • Membantu mencarikan kahak.
  • Menguatkan lagi sistem pernafasan si manja.
  • Membantu mengurangkan demam dan selesema.


4. NutriFeron

  • Dicipta oleh ahli sains iaitu pakar imunologi Dr Yasuhiko Kojima yang menjalankan penyelidikan ini selama 40 tahun.
  • Formula eksklusif berpaten ini dicipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semulajadi, memberi sokongan pertahanan dan peringkat sel.
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan demam dan selesema si manja.
  • Melindungi si manja dari pelbagai penyakit.
  • Menguatkan lagi sistem imun si manja agar tidak mudah diserang penyakit.


5. Herbal Blend Multipurpose Cream

  • Formula menthol yang menyejukkan diperkaya dengan ekstrak semulajadi termasuk rosemary, kamomil, minyak jagung dan salvia membantu untuk melegakan kulit.
  • Melegakan kulit yang kering, mengelupas dan kasar.
  • Melembutkan kulit kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.
  • Formula tidak berminyak yang menjadikan kulit lembut dan segar.
  • Melindungi kulit si manja dari serangan serangga.
  • Melegakan kembung perut si manja.
  • Meredahkan demam panas di manja.
  • Mempercepatkan penyembuhan masalah kulit si manja.
  • Boleh digunakan pada bayi baru lahir sebab bebas bahan kimia berbahaya dan bebas paraben.

TESTIMONI SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK SI MANJA.


Anak saya sendiri pun amalkan set kesihatan ini dan hasilnya sangat memuaskan. Setiap kali anak diserang masalah kesihatan seperti demam, selesema, keracunan makanan, cacar, set kesihatan inilah yang menyelamatkan anak-anak saya daripada terus sengsara diserang macam-macam penyakit. Kalau berikan anak secara konsisten, boleh nampak perubahan imun anak semakin bagus.


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

***


Untuk pembelian SET KESIHATAN SI MANJA ini boleh hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my. Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan credit/debit card boleh klik link esell di bawah ini.



Selepas pembelian sila hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan cara penggunaan SET KESIHATAN SI MANJA yang lebih berkesan.

4 Masalah Kulit Si Manja Yang Ibu Perlu Tahu

Bayi baru lahir mempunyai kulit yang sangat sensetif dan nipis berbanding orang dewasa. Menjaga kulit bayi ni agak mencabar dan rumit sebab kulit mereka sangat sensetif. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan supaya si manja dihindari daripada masalah kulit. Di sini saya kongsikan 4 masalah kulit si manja.


1. Ruam Panas

Ruam panas ini ialah biji kecil yang kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang terdedah dengan peluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. 


Cara untuk merawat ruam panas adalah dengan mendedahkan bahagian yang diserang ruam panas dengan persekitaran yang lebih dingin. Pastikan kawasan ruam panas sentiasa kering dan pakaikan bayi dengan pakaian kain kapas yang longgar.

2. Kepala Berkerak

Biasanya kepala berkerak ini terjadi pada bulan pertama atau kedua dan ia akan hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seboroik yang disebabkan oleh minyak berlebihan. Maka muncullah ia sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam merah. Ia biasanya ada pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung atau belakang telinga.


Keadaan ini selalunya terjadi kepada bayi yang mempunyai masalah ekzema. Dapatkan rawatan atau syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sesekali mengikisnya. Biar ia tanggal sendiri.

3. Ekzema

Ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala tetapi ia boleh merebak pada lengan, kaki, dada atau bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. 


Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.


4. Ruam Lampin

Kalau bayi anda mempunyai kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia kerterlaluan.

Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.


Ibubapa kenalah pantau kulit bayi terutama semasa bayi baru beberapa hari dilahirkan sebab masa itulah kulit bayi sangat sensetif. Jaga suhu bilik dan pakaian-pakaian bayi. Jaga juga produk mandian yang kita pakaikan kepada bayi kita.

Semoga info ini memberi manfaat. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

5 Risiko Kehamilan Selepas Usia 35 Tahun

Banyak risiko yang boleh menimpah si ibu apabila hamil pada lewat usia. Tapi kita masih boleh mencegah risiko-risiko ini sekiranya kita sentiasa menjaga kesihatan sebelum dan semasa kehamilan. Risiko-risiko ini berlaku disebabkan imun kita semakin lemah dan kesihatan sel kita semakin merosot apabila usia kita meningkat.

Ini 5 risiko kehamilan bila ibu hamil selepas usia mencecah 35 tahun. Antaranya ialah:

1. Masalah Kesuburan


Semakin lanjut usia, semakin rendah tahap kesuburan lelaki dan wanita. 74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada usia 30 tahun dan ke bawah boleh mengandung dalam masa setahun. Manakal, jumlah ini menurun kepada 61% di usia 31-34 tahun. Pada usia 35 tahun dan ke atas, hanya 54% sahaja wanita yang berjaya hamil.

2. Masalah Kesihatan Bayi

Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan boleh menyebabkan masalah kepada bayi. Antara masalah yang akan dialami oleh bayi ialah masalah kurang berat badan, kelahiran pramatang dan meninggal dunia semasa dalam kandungan.

3. Komplikasi Bersalin

Wanita yang berusia 35 tahun lebih sukar melahirkan bayi secara normal. Ini menyebabkan ibu terpaksa menerima bantuan vakum, forsep atau pembedahan caesarean. Ada kajian mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensetif terhadap oksitoksin. Hal ini menyebabkan otot rahim tidak dapat berkontraksi dengan baik. Perubahan pada hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat laun menyumbang kepada masalah kelahiran.

4. Masalah Kesihatan Ibu

Bila usia meningkat, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan seperti darah tinggi, diabetes, kolestrol tinggi dan sebagainya. Keadaan kesihatan ini mampu menjejaskan kesihatan kandungan dan memburukkan juga kesihatan ibu.

5. Risiko Bayi Sindrom Down

Risiko Sindrom Down yang boleh menyerang bayi anda ini didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia.


Amalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan sel ibu sebelum dan semasa kehamilan bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan dan risiko kecacatan pada kandungan. Ibu boleh amalkan suplemen beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dan pastikan juga ibu mengamalkan supplemen yang selamat untuk ibu hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. xx

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Cara Mengatasi Masalah Stress Bagi Ibu Hamil Yang Ada Anak Kecil

Ibu berkerjaya yang sedang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai anak kecil, kenalah ada sistem agar ibu tidak terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling. Contohnya, tetapkan jadual harian untuk anak-anak. Daripada awal pagi sehinggala ke malam sebelum mereka tidur.


Buat sistem khusus yang mudah ibu ikuti. Tetapkan di mana ibu perlu selesaikan kerja rumah seperti mencuci pakaian, menjemur kain dan melipat kain. Dalam mencapai kerja harian dengan teratur, sudah pasti dapat mengurangkan masalah stress. Ibu kena lebih kreatif dengan mengendalikan kerja di tempat kerja dan rumah.


Apabila mempunyai anak yang ramai, kehidupan harian anda sekeluarga mungkin akan menjadi kelam kabut. Oleh itu, ibu kena latih anak-anak untuk ikut sistem yang kita sudah sediakan. Hasilnya nanti sudah pasti dapat meringankan beban kita sambil melatih anak-anak lebih berdisiplin. Kena hati-hati, jika gagal stress mungkin akan bertambah lagi dan akan memberi keburukan kepada diri ibu sendiri dan kandungan.

Jika berkemampuan, boleh juga upah pembantu rumah mingguan. Bahagikan kerja yang ibu boleh lakukan dan yang tidak mampu dilakukan supaya ibu juga boleh lebih fokus kepada mendidik anak-anak dan meningkatkan kembali kesihatan sendiri.

Selain itu, suami juga kenalah ambil peranan dalam membantu meringankan isteri. Isteri sudah bertarung nyawa mengandungkan anak kita, takan kita sebagai suami tidak mampu pula meringankan beban isteri.. kan? Haruslah saling bantu membantu baru rumahtangga lebih bahagia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.


Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom

Getaway: 2 Days 1 Night at Borneo Beach Villas

Bila rasa diri ni kurang inspirasi, mulalah tangan tu scroll internet mencari tempat bercuti. Nampak promo Nexus Karambunai di Facebook kawan tapi bila search, lain pula yang saya booking. Haha! Kadang-kadang kena juga pergi bercuti biarpun cuma 100km jauh dari rumah saja. Bagi kepala tu rasa ringan sikit.

Getaway: 2 Days 1 Night at Borneo Beach Villas

Eleh~ surirumah jak pun kan kenapa pula pandai stress? Hehe~ surirumah la yang paling stress di dunia. Sudahlah teda gaji, kerja berlambak nda pandai habis-habis. Kalau nda percaya bolehlah apply kerja jadi surirumah. 😀😀

Borneo Beach Villas ni ada 2 jenis. Ada apartment ada juga villa. Saya ambil yang apartment saja sebab saya rasa villa ni terlalu besar pula untuk 2 dewasa dan 2 budak kecik di bawah umur 5 tahun. Villa ni dia ada 2 bilik dan ada pool sendiri tepi villa tu. Memang cantik. Comel sangat. Kalau mau buat family day sini pun sangat digalakkan.

Apartment kami pula ada 1 bilik saja dan 2 kamar mandi. 1 kamar mandi tu ada jacuzzi bathtub, ada juga sauna yang 1 itu kamar mandi biasa saja. Saya suka betul design dalam tu apartment. Kalau beli apartment nanti bolehlah design macam tu. Simple, selesa dan menarik. Husband pun suka.. siap cakap "Kalau ada rumah macam ni pun saya puas hati sudah." Makanya, belilah kita rumah ahhaa!

Day 1: Check In & Bathtub Moment Anak-Anak


Pemandangan dari balkoni apartment waktu hujan petang tu.

Hari pertama di Borneo Beach Villas, selepas siap urusan di bandar Kota Kinabalu kami terus check in. Masa check in jam 3 petang. Waktu tu hujan. Adalah staff dia ni sambut kita dengan payung. Saya pula rasa bersalah dengan staff ni, awkward pun ada juga. Terbaiklah service Borneo Beach Villas!

Lepas check in, kami terus masuk apartment. Urusan check in sangat pantas dan tuntas. Cek nama, sign sana sini lepas tu boleh check in sudah. Sebab sudah buat full payment melalui www.agoda.com kan.. tu sebab tiada lagi urusan bayar membayar ni.

Bathroom kecil.

Dapur apartment. Lengkap dengan peralatan dapur kecuali rice cooker hehe

Ruang dapur. Comel kan!


Ruang tamu yang simple tapi memuaskan.

Ryo enjoy tengok tv di ruang tamu.

Sampai apartment, anak-anak yang paling happy. Dorang terus serbu bilik dan bathtub tu. Mau rendam-rendam bilang dorang. Mau bawa pigi mandi pool pula hujan. Jadi husband bersihkan bathtub dan mula kumpul air. Sementara tunggu air penuh dalam bathtub, anak-anak main kejar-kejar dalam apartment.

Bathroom yang bersambung dengan master bedroom ada jacuzzi bathtub.

Ini pula sauna dalam bathroom.

Bolehlah adjust suhu tu mau macam mana.

Bagi penuh bathtub dulu.

Nda perlulah bawa berus gigi, sabun dan shampu kalau mau bermalam di sini. Berus gigi yang disediakan pun lembut jak.. nda buat gusi berdarah.. haha

Ryo cakap sofa tu atuk dia punya 😂😂

Cermin slide tu boleh buka, tapi masih selamat untuk kanak-kanak sebab ada penghalang.

View dari katil.

Boleh tengok isi dalam almari tu. Tuala extra banyak sangat. Terbaik!

Sambil anak-anak siok main dalam bathtub, saya ambil kesempatan bagi siap kerja dulu sambil tengok anak-anak bermain. Syukurlah boleh perhati dorang dari katil saja. Husband pula di ruang tamu tengok tv. Lepas anak-anak puas berendam, kami keluar pegi cari makanan. Beli instant food saja. Sebab ada juga oven, kettle dan fridge di apartment. Bolehlah drive di pekan berdekatan, pekan Salut atau Indah Permai.

Bolehlah perhati dua beradik tu berseronok sambil siapkan kerja.

Lepas siap makan, bagi anak-anak tidur awal sikit sebab besok pagi tu jam 7 pagi kena bangun sudah untuk pegi breakfast. Lepas anak-anak tidur, saya pun rehat awal lepas menikmati me-time saya yang 30 minit saja ahhaa!

Tidur dengan selesa. Memang katil tu selesa sangat.

Day 2: Beach & Pool Moment

Pemandangan jam 7 pagi dari master room.

Tepat jam 6:30 pagi saya bangun. Kemas sikit-sikit baru bagi bangun anak-anak dan husband jam 7 pagi. Kami bertolak dari apartment pegi restaurant jalan kaki jak. Tidak jauh juga, adalah dalam 100 meter. Anak-anak enjoy berjalan awal pagi, tapi husband kurang berminat hahaha!

Senaman ringan awal pagi. Jom pegi makan breakfast!

Sampai di restaurant, staff minta tengok kunci apartment. Lepas cek nombor kunci, boleh makan sudah. Makanan percuma, ambillah sebanyak yang mampu ditelan. Hehe..

Makanan 4/5. Okaylah sedap juga. Service staff tip top!

Lepas siap breakfast, kami balik apartment kejap. Sekarang, ready sudah mau pigi pantai. Anak-anak punyalah excited. Pantai tu dalam 50-80 meter seja dari apartment. Dari balkoni pun boleh nampak. Sampai di pantai, anak-anak terus masuk dalam air. Ryo sebelum ni pernah pegi pantai juga cuma masa tu dia baru 2 tahun rasanya. Rev pun memang nda pernah jejak kaki di pantai. Pergi pantai dulu di Melinsung pun masa tu dia baru 7-8 bulan.

Hati-hati tau sebelum masuk laut.

Baca dulu.

Air laut bersih. Pantai bersih!! Pasir putihhhhhhh!!!!

Ready sudah tu mau masuk laut.

Tapi yang satu ni masih sibuk korek-korek pasir pula..

Okay. Jom join dorang daddy sama Rev!

Husband bawa anak-anak masuk laut jauh sikit dari pantai. Tapi bila saya nampak obor-obor, saya terus minta husband bawa anak-anak balik pantai. Obor-obor kecil saja. Tapi saya ni ada pengalaman pernah kena sengat obor-obor, adalah traumanya tu sikit. hahaha!

Jernihnyaaaaa air laut!

Anak-anak pun enjoy.

Pengalaman pertama masuk laut kan Rev~

Yang adik ni mau rehat dulu.. abang dia tu macam nda pandai habis tenaga ahhaha

Bestkan Rev. Hilang stress kannn hahaha

Bila anak sudah puas mandi di pantai, matahari pun makin terik. Kami pindah pula pegi pool. Siram badan dulu sebelum terjun dalam pool. Ryo sendiri mau belajar berenang, Rev pula masih takut air. Biasalah pertama kali kan ahhaa.. Bagi anak main lama sikit di pool.

Pool pun memang mesra dengan kanak-kanak. Tapi ibubapa kena perhati juga anak-anak tu..

Mandi laut, mandi pool. Puas hati dorang ni..

Mak pun mau relek kejap


Dalam jam 10 lebih gitu kami naik balik pegi apartment. Lepas packing barang-barang, kami pun check out. Masa check out jam 12 tengah hari.

Review Borneo Beach Villas

Overall, saya dan husband bagi 4/5 untuk Borneo Beach Villas ni.

Kami suka:
  • The whole apartment. Bersih, mesra kanak-kanak, luasssssss untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
  • Kawasan sekeliling bersih.
  • Service tip top!
  • Staff friendly.
  • Pool bersih.
  • Pantai bersihhhhh!
  • Air laut crystal clear! Boleh nampak ikan! Nampak obor-obor! 😆

Yang kami nda suka, satuuuuu seja:
  • Line internet macam tuttttttttt. Hahaha! Sebab apartment tiada wifi, line Digi dan Maxis pula sandi. Odoiii.. tapi masih boleh bawak bersabar la. Tapi kalau pegi sini untuk free dari gadget, tiada masalah. Hehe..
View dari pantai.

Kalau mau bercuti sini, at least bagilah 2 malam. Sebab kalau saya sendiri pun 1 malam macam nda cukup. Sampai sekarang pun Ryo masih tagih bila mau pigi beach balik dibilang. 😆 Tapi memang akan repeat lagi bermalam di sini next time. Syukur masa promo tu kami bayar RM289 saja untuk apartment include breakfast. Murah! Sangat Berbaloi!


Bolehlah tengok short video kami di Borneo Beach Villas. Feel free to share this entri. xoxo

Luv,
Brigett Rusx
#chibimomgetaway