Petua Meningkatkan Tahap Kesuburan Dengan Cepat Dan Semulajadi

Kadang-kadang bila dengar kawan-kawan meluah tentang sukarnya mendapat rezeki cahaya mata selepas kahwin, sedih juga hati Brigett. Yala, Brigett senang-senang dapat cahaya mata tapi kawan-kawan Brigett pula ada yang sudah 4-7 berkahwin tahun tapi masih belum ada rezeki. Tapi bila Brigett suggest untuk mulakan gaya hidup sihat, buat detox dan amalkan makanan tambahan secara bijak. Akhirnya memang nampak hasil. Brigett sudah senang hati dapat membantu kawan-kawan atasi masalah kesuburan ini


Ini antara petua yang Brigett selalu suggest dengan kawan-kawan Brigett yang ada masalah kesuburan.
  1. Amalkan pemakanan sihat.
  2. Bersenam 3 kali seminggu.
  3. Amalkan makanan tambahan atau vitamin secara bijak.

#1. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT.




Untuk atasi masalah kesuburan ini, suami dan isteri kena la buat detox dulu. Detox tau bukan berdiet. Beza diet dengan detox ni. Detox lebih kepada membersihkan dalaman kita. Kena buang toksin-toksin dalam badan dulu. Bila badan kita bersih dari toksin-toksin ni, mudahlah nutrisi diserap dalam badan kita.

Badan kita perlulah dilengkapi oleh vitamin dan mineral terlebih dahulu bila kita dalam mengatasi masalah kesuburan ni. Supaya badan kita pun bersedia untuk proses kehamilan.


Setiap pembelian Set Detox, Brigett akan sertakan menu detox untuk 7 hari dan 30 hari.

#2. BERSENAM 3 KALI SEMINGGU.


Selain amalkan pemakanan sihat, badan kita juga perlukan pergerakan. Kenalah seiring. Kita amalkan pemakanan sihat dan bersenam dalam masa yang sama. Baru tahap kesihatan kita maksimum. Badan pun lebih kuat untuk atasi masalah kesuburan. Paling kurang pun kena bersenam 3 kali seminggu. Buat senaman ringan seperti berjogging 15 minit sehari pun boleh.

#3. AMALKAN MAKANAN TAMBAHAN ATAU VITAMIN SECARA BIJAK.


Ramai sangat yang takut bila kita cakap pasal makanan tambahan. Asal makanan tambahan saja mesti orang fikir buah pinggang rosak, asal buah pinggang rosak mesti sebab makanan tambahan. Itu sebab kita kena amalkan makanan tambahan secara bijak. Kena siasat terlebih dahulu mana satu makanan tambahan yang tidak memudaratkan organ-organ kita terutamanya buah pinggan dan hati kita.
Buat kajian dahulu dengan syarikat makanan tambahan tu. Pastikan syarikat itu:
  • Sudah beroperasi lebih 60 tahun tanpa sebarang isu.
  • Produk dihasilkan oleh barisan saintis dan bukan dibancuh di belakang rumah.
  • Produk ada kajian jangka masa panjang dari pihak ketiga (bukan saintis syarikat).
  • Syarikat mengutamakan produk bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya.

Brigett suka cadangkan Set Kesuburan Shaklee kepada kawan-kawan Brigett. Awalnya memang ada yang menolak. Tapi bila satu per satu kawan Brigett yang sudah mencuba dikurniakan rezeki cahaya mata, kawan-kawan Brigett yang menolak dulu akhirnya beli juga set lengkap kesuburan ni. Memang sudah terbukti berkesan.

Boleh tengok koleksi testimoni yang sudah mengamalkan Set Lengkap Kesuburan dalam entri Brigett ini "Koleksi Testimoni Set Kesuburan". Semoga info yang Brigett kongsikan ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.