7 Jenis Gila Meroyan Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menghakimi Seorang Ibu Yang Baru Lepas Bersalin Dan Berpantang

Meroyan bukan lagi perkara luar biasa yang berlaku ke atas ibu yang baru bersalin. Rata-rata ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang ini akan mengalami baby blues atau gila meroyan. Gila meroyan ini boleh berterusan walaupun selepas ibu habis berpantang. Hari ini Brigett ingin kongsikan 7 jenis gila meroyan yang kebanyakan ibu akan alami selepas bersalin, semasa berpantang dan selepas berpantang.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

7 JENIS GILA MEROYAN YANG ANDA PERLU TAHU!


cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

1. Meroyan Api.

Meroyan api adalah bila si ibu akan menjadi bengis, cepat marah sehingga menjerit-jerit tanpa menyedarinya. Si ibu akan mengalami perubahan sikap yang lebih ketara berbanding semasa mereka dalam fasa kitaran haid.

2. Meroyan Ketung.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Biasanya meroyan ketung ini berlaku dalam kalangan ibu yang kehilangan anak samada semasa hamil, semasa bersalin atau semasa berpantang. Di mana si ibu akan menerima tekanan atas kehilangan anaknya. Maka si ibu akan menjadi sayu, selalu bersedih, senang menangis dan kadang-kadang akan kelihatan seperti orang tidak waras. Meroyan ketung ini juga ada sampai kes membunuh diri atas tekanan yang diterima.


3. Meroyan Urat.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Bila cuaca sejuk, ibu akan mengalami ketegangan urat saraf. Ia sama seperti mengalami kekejangan otot dan si ibu akan terpaksa mengeraskan dirinya. Biasanya meroyan urat ini terjadi di kalangan ibu-ibu yang banyak melakukan kerja berat selepas bersalin. Itu sebab kita tidak boleh biarkan ibu yang baru lepas bersalin melakukan kerja-kerja berat. 

4. Meroyan Lendir.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami pendarahan yang sangat singkat. Pendarahan dalam tempoh yang singkat ini cenderung menyebabkan ibu diserang meroyan lendir kerana darah kotor dan angin jahat belum dikeluarkan sehabisnya semasa berpantang. 

Ibu akan sentiasa pucat, mata pudar, lesu dan berat badan juga akan berkurang. Selain itu, si ibu juga akan mengalami keguguran rambut yang sangat kronik.

5. Meroyan Tinggal.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Bukan masa mengandung saja kita boleh mengidam untuk tinggalkan suami. Selepas bersalin juga ada meroyan tinggal yang mana si ibu akan selalu berleter untuk naikkan angin sang suami kerana si ibu ingin mengambil peluang untuk tinggalkan rumah. Biasanya ini berlaku bila si ibu ada perasaan tidak inginkan bayinya sendiri atau ada perasaan tidak puas hati dengan suami yang sudah terbuku di hati sekian lama.

6. Meroyan Bulu.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Si ibu akan sentiasa rasa seram sejuk selepas bersalin. Meroyan bulu ini sangat bahaya sebab bila ia berlarutan, si ibu mampu mengalami keradangan sendi. Oleh itu, semasa berpantang si ibu kena sentiasa jaga makan. Makan makanan yang panas-panas dan elakkan makanan sejuk. Tidak boleh juga terlalu banyak sentuh air sejuk.

7. Meroyan Kulit.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi

Bila meroyan kulit ini menyerang si ibu, si ibu akan merasa gatal seluruh tubuh dan sentiasa menggaru badannya. Ini menunjukkan darah kotor semasa bersalin tidak keluar sepenuhnya. Oleh itu, kotoran akan keluar melalui liang roma peluh. Untuk elakkan meroyan gatal ini, si ibu kena bersihkan darah nifas dari rahim semasa berpantang.

******

Ramai juga orang yang tidak faham masalah ibu yang mengalami gila meroyan ini. Kadang-kadang orang akan fikir si ibu cuma buat-buat semua tu untuk mendapatkan perhatian, sebenarnya kes meroyan ini adalah benar dan tidak boleh dipandang ringan.

Jika ibu, isteri, kakak atau adik perempuan kamu yang baru bersalin mengadu mengalami simptom-simptom seperti di atas, tolong luangkan masa untuk mendengar luahan mereka. Dengan meluah saja boleh meringankan beban mereka. Kita pun tidak mahu mereka berterusan mengalami gila meroyan ini.
cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi
Jangan biarkan mereka urus diri sendiri semasa bersalin dan berpantang!

Untuk suami pula, tolong mainkan peranan seperti ringankan kerja-kerja isteri. Bagi isteri ruang untuk mendapatkan rehat yang cukup dan jaga makan minum isteri agar darah kotor yang tertinggal dalam badan isteri boleh dikeluarkan sehingga bersih. Bila nampak isteri terlalu letih, hulurkan bantuan agar isteri tidak begitu tertekan dengan badan yang lemah dan kerja yang berlambak. 

Bila isteri tidak dapat tidur yang cukup, memang mood mereka tidak stabil. Daripada kita complain dan marah isteri, lebih baik kita sebagai suami suruh isteri untuk berehat. Badan yang baru lepas bersalin sangat fragile dan lemah, jika terlalu pernat ia boleh memudaratkan kesihatan isteri. Kita pun tidak mahu isteri diserang macam-macam penyakit kan?


TESTIMONI SENDIRI KENA MEROYAN BULU


Masa Brigett berpantang anak kedua, Brigett tidak berpantang betul-betul. Brigett pun kena juga gila meroyan bulu tu. Sentiasa rasa dingin dan ia berterusan sehingga usia baby Brigett hampir setahun. Selepas buat detox sel secara konsisten selama 2 minggu, akhirnya Brigett bebas daripada masalah gila meroyan bulu ni. Sekarang Brigett sudah dapat pakai baju nipis. Kalau dulu sebelum buat detox sel, memang kena pakai pakaian berpantang hehe sebab badan selalu rasa sejuk dingin.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi
Niat mau detox sel untuk meroyan angin, tapi kulit juga semakin pulih. BONUS!

Brigett amalkan Vivix secara konsisten selama 2 minggu untuk program detox sel. Dengan dose Vivix khas untuk atasi masalah gila meroyan bulu ini, akhirnya Brigett bebas dari masalah ni. Dapat pula kulit halus. BONUS! Syukur Brigett jumpa Vivix. Kalau Brigett tidak jumpa Vivix, sampai sekarang pun Brigett akan alami masalah gila meroyan bulu ni. Tidak tahan tau tidak boleh kena sejuk sikit. Kalau kena hujan walaupun sikit, Brigett akan menggigil kesejukan. Memang tidak boleh tahan.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi
Vivix bantu lancarkan darah nifas. Buang darah nifas supaya kita tidak dapat salah satu jenis meroyan di atas.

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi
Kehebatan Vivix

cara-mengubati-meroyan-dengan-kaedah-semulajadi
Wine popular sebagai anti penuaan. 1 sudu Vivix bersamaan dengan 100 gelas wine! Lebih jimat, lebih power!

Untuk pembelian Vivix bagi apa-apa masalah meroyan boleh hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my. Jika anda berminat untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan credit/debit card boleh klik link esell di bawah ini.

Selepas pembelian sila hubungi saya di 012 889 5717 atau direct whatsapp di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan cara penggunaan Vivix untuk masalah meroyan yang lebih berkesan.

Luv,
Brigett Rusx.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Sejak 2013.
Facebook: Brigett Rusx
Instagram: @cikanggurdotcom