Taman Buaya Tuaran, Sabah.

Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula, saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Kali ini kami pilih Taman Buaya di Tuaran, Sabah sebagai destinasi kami. Kami bertolak dari rumah di Penampang ke Taman Buaya dalam jam 11 lebih. Singgah makan tengah hari di Wong Kok Restaurant dekat Penampang.

Taman Buaya Tuaran terletak 32KM dari pusat bandar. Kami bayar RM16 untuk satu tiket dewasa, memandangkan anak-anak masing-masing 4 dan 3 tahun jadi dorang masuk percuma ja. Paling last saya pegi Taman Buaya masa saya sekolah rendah. Tapi suami nda pernah pigi lagi, jadi ini merupakan pengalaman pertama suami dan anak-anak ke Taman Buaya Tuaran. Untuk bayaran lain-lain boleh rujuk dalam website Taman Buaya Tuaran.

Anak-anak posing di entrance Taman Buaya Tuaran

Excited anak-anak nampak replika buaya

Anak-anak suka sangat lepak di sini

Tidak bosan main dengan replika buaya

Ada juga replika kerbau.

Dapat duduk atas kulit kerbau yang real.

Ryo pun mau juga duduk atas kerbau.

Kolam pertama adalah kolam ikan.

Jarang-jarang dapat tengok ikan besar tau.

Buaya time!

Ryo takut nampak buaya ni. Selalu nampak di tv jak kan. Hari ni tengok depan-depan pula.

Unik sikit buaya ni.

Bukan buaya saja ada ini tau.

Anak-anak dapat juga tengok itik, angsa dan ayam serama.

Posing dulu. Walaupun kandang ayam tapi tidak bau. Sangat bersih.

Landscape pun cun.

Banyak bunga-bunga juga.

Walaupun ada arnab dekat rumah tapi anak-anak tetap excited nampak arnab di Taman Buaya.

Arnab pun bersih.

Rev puas bermain dengan arnab.

Kalau sudah habis idea mau bawa anak-anak jalan pegi mana bolehlah spend time dengan anak-anak di Taman Buaya Tuaran, Sabah ni. Tempat bersih. Walaupun cuaca, banyak sangat tempat berteduh so nda perlu risau kena sunburn. Berbaloi bayar tiket RM16 seorang tau sebab tempat tiada bau-bau yang tidak menyenangkan. Anak-anak pun suka tengok buaya dan haiwan-haiwan lain. Ada juga taman rama-rama sini.

Luv,
Brigett Rusx.