Punca Vertigo Dan Cara Mengatasinya


Vertigo adalah masalah bila pesakit hanya duduk diam-diam tapi merasa dunia berpusing. Pesakit juga akan hilang keseimbangan, rasa mual, pandangan menjadi kabur dan ini akan menyebabkan pesakit sukar melaksanakan aktiviti harian. Vertigo bukan saja boleh menyerang orang dewasa, malah vertigo boleh menyerang kanak-kanak juga.

DUA PUNCA VERTIGO YANG ANDA PERLU TAHU!

Terdapat 2 jenis Vertigo iaitu central dan peripheral. Central adalah gangguan pada otak atau saraf tulang belakang. Antara puncanya adalah gangguan fungsi otak, migrain, strok atau ketumbuhan.

Peripheral pun berlaku pada sistem keseimbangan dalam telinga. Termasuklah keradangan pada telinga, terdapat batu-batu kecil pada rongga telinga sehingga menganggu keseimbangan badan. Masalah ini dipanggil Vertigo Paroxysmal Positional (BPPV). Penyakit Meniere yang disebabkan oleh kehilangan pendengaran atau bunyi berdering di telinga berpunca dari pengumpulan bendalir boleh menyebabkan Vertigo juga.


Cara Mengatasi Vertigo.


Walaupun Vertigo antara masalah kesihatan yang agak merisaukan, ia juga boleh diatasi. Untuk elak masalah Vertigo menyerang kita, kita perlu mengawal dahulu faktor risiko strok untuk elak masalah central Vertigo. Mengawal tekanan darah, berat badan, kolestrol dan paras gula dalam darah juga antara cara mengatasi masalah Vertigo.

Kita juga boleh mengawal pengambilan garam untuk mencegah masalah penyakit Meniere yang menyebabkan badan kita hilang keseimbangan.

Pesakit Vertigo juga boleh mendapatkan sesi Fisioterapi. Fisioterapi ini kita boleh lakukan di hospital berdekatan. Cuma kena buat appointment dengan doktor terlebih dahulu. Ubat-ubatan juga boleh membantu, cuma ia tidak digalakkan untuk kegunaan jangka masa panjang kerana ubat hanya mengurangkan masalah tidak menyembuhkan penyakit tersebut.

Penyakit Vertigo ini boleh menyerang sesiapa saja tidak kira umur dan jantina. Ibu mengandung atau ibu menyusu juga ada yang mengalami masalah Vertigo ini. Boleh baca entri Brigett di sini yang mana ibu menyusu diserang masalah Vertigo "Rahsia Ibu Menyusu Mengatasi Masalah Vertigo".

Untuk mencegah masalah Vertigo ini, adalah sangat digalakkan untuk kita amalkan gaya hidup sihat mulai dari sekarang. Semoga entri ini memberi sedikit sebanyak info baru kepada anda.

Luv,
Brigett Rusx.