Mommy Daddy Jangan Telampau Serius Bah! Part #3: 3 Cara Mudah Tingkatkan Tahap Logik dan Kreatif Anak-Anak

Semua ibubapa pun mau anak-anak mereka bijak pandai kan? Untuk dapatkan anak-anak yang bijak pandai, kita sebagai ibubapa kena usahakan. Tanpa guide dari kita, macam mana anak-anak jadi seorang insan yang berguna bukan? Kita kena ajar anak-anak kita bukan kerap marah anak. So, hari ini Brigett kongsikan 3 cara effektif untuk naikkan tahap logik dan kreatif anak-anak.

1. Selalu Bertanyakan Soalan

Bila kita selalu tanya anak macam-macam soalan, anak akan lebih cenderung untuk berfikir. Mula-mula memang anak akan jawab main hentam saja tapi nda apa, berikan mereka masa untuk memahami soalan kita.

Brigett suka tanya Ryo setiap kali dia balik dari sekolah,

"Ryo buat apa di sekolah tadi?"
"Kerja.."
"Kerja apa?"
"Mewarna, main, tengok katun."

Kadang-kadang tu bila Brigett tanya dia buat apa di sekolah, mesti dia jawab "makan" haha! Memang pecah perut juga kadang-kadang. Lama-lama tu dia faham la soalan kita, jadi jangan takut beri anak pendedahan dari bertanyakan soalan.

2. Bawa Anak Berimaginasi

Setiap hari sebelum tidur, memang Brigett akan bawa anak-anak berimaginasi. Anak-anak memang suka sangat minta bed time story. Jadi apa-apa pun Brigett cerita saja dari imaginasi Brigett sendiri. 

Apa yang Brigett perasan, anak-anak Brigett akan mula berimaginasi. Dorang suka buat gaya-gaya haiwan bila bercerita. Ryo pula makin hebat skill bercerita dia. Nanti bila masuk sekolah rendah bolehlah ikut pertandingan bercerita.

Brigett juga beli anak-anak mainan puzzle untuk tingkatkan tahap imaginasi dan logik mereka. Aktiviti ni pun sangat seronok, ada Brigett kongsikan entri tentang anak Brigett bermain puzzle dalam entri ini "Puzzle Moment Bersama Ryo".

Daripada imaginasi dorang, tanyalah dorang apa yang dorang nampak, dengar, rasa.. memang respond dorang pelik-pelik tapi dari sanalah kita boleh latih anak untuk berimaginasi. Macam Albert Einstein cakap "Imagination is more important than knowledge".

3. Bawa Anak Melukis dan Menulis

Brigett suka sangat simpan warna dan buku lukisan dalam rak buku. Selain sendiri suka melukis dan mewarna, Brigett bawa juga anak-anak melukis dan mewarna. Rev memang jenis suka pen, pensel dan warna. Kalau bagi dia buku dan pen, memang banyak lukisan dia yang Brigett sendiri pun tidak faham. Ryo pula suka bila kena siapkan howework. Bila homework sudah siap, mesti dia minta buku lukisan untuk main warna.

Tapi bila kita biarkan anak-anak menconteng tanpa batasan memang nampak sangat perubahan cara mereka berfikir. Ini akan memberi kesan kepada minda anak-anak. Sebab bila ibubapa tidak meletakkan limit kepada anak-anak, anak-anak akan mudah berfikir lebih jauh.

Jangan biarkan anak-anak kita berada dalam kotak yang sama saja, kena mula beri mereka latihan ringan dari sekarang. Semoga kita akan menjadi ibubapa yang ohsem, supaya anak-anak akan jadi lebih 2 kali ganda ohsem dari kita.

Luv,
Brigett Rusx.