3 Makanan Penting Untuk Pesakit Vertigo


Vertigo adalah satu kejadian di mana pesakit akan mengalami gangguan keseimbangan. Info lanjut tentang Vertigo ada Brigett ceritakan dalam entri "Punca Dan Cara Mengatasi Vertigo"

Berita baiknya, Vertigo ini boleh dicegah sebelum ia menjadi teruk. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil 3 jenis makanan tambahan penting untuk pesakit Vertigo. Nutrisi ini lebih baik diamalkan setiap hari kerana ia bukan saja membantu mengurangkan masalah Vertigo malah mampu menyembuhkan secara perlahan.



1. Vitamin D

Mereka yang kekurangan Vitamin D adalah antara yang paling senang diserang Vertigo. Untuk mengambil Vitamin D, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan untuk mengetahui berapa kandungan Vitamin D yang diperlukan untuk tubuh. Vitamin D akan diproses bila badan kita terdedah dengan cahaya matahari. Kita boleh dapatkan sumber Vitamin D dari:
  • Ikan Tuna
  • Ikan Salmon
  • Susu
  • Jus Jeruk
  • Hati Lembu
  • Keju
  • Kuning Telur
2. Vitamin B6

Vitamin B6 adalah vitamin yang berfungsi untuk menjaga sistem metabolisme badan kita dan membantu meningkatkan produksi sel darah merah. Selain itu Vitamin B6 juga membantu menguatkan sistem imunisasi kita. Vitamin B6 ini akan membantu pesakit Vertigo untuk mengurangkan rasa mual dan muntah. Antara makanan yang mengandungi Vitamin B6 adalah:
  • Pisang
  • Avocado
  • Bayam
  • Brokoli
  • Daging Ayam Tanpa Kulit
  • Daging Merah
  • Ikan Tuna
  • Ikan Salmon
3. Vitamin C

Dengan mengamalkan Vitamin C masalah Vertigo seperti mual, muntah, sakit kepala dan badan lemah dapat dikurangkan. Pesakit Vertigo sangat disarankan untuk mengamalkan buah yang kaya dengan Vitamin C termasuklah:
  • Jeruk
  • Strawberi
  • Tembikai
  • Tomato
  • Brokoli
  • Lobak
  • Bayam

Vertigo merupakan salah satu masalah kesihatan yang tidak mengenal usia dan jantina, ibu menyusu juga boleh diserang Vertigo. Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.