3 Cara Mudah Untuk Dapatkan Kulit Cantik Tanpa Sebarang Produk


Dengan cara mudah ini kita boleh cantikkan kulit tanpa makan sebarang produk. Tidak perlulah kita bazirkan duit untuk beli skin care mahal-mahal atau makanan tambahan. Amalkan saja 3 cara ini secara konsisten dan dapatkan kulit sihat dari dalam.

1. Minum Air Mengikut Berat Badan


Biasanya KKM menyarankan kita minum air sebanyak 8 gelas dalam masa 24 jam. Boleh juga kalau kita minum mengikut berat badan kita. Setiap 25kg bersamaan 1 liter. Jika berat badan kita 50kg, jadi kita kena minum air sebanyak 2 liter dalam masa 24 jam.


2. Bersenam


Badan kita mudah mengeluarkan toksin bila kita banyak minum air dan bersenam dalam masa yang sama. Badan kita akan mengeluarkan peluh yang mana ia akan membawa kotoran dalam badan kita keluar melalui peluh. Buat senaman ringan dengan berjogging selama 10-15 minit sehari atau 3 kali seminggu.


3. Pemakanan Yang Sihat


Untuk dapatkan kulit cantik, kita kena jaga apa yang kita makan. Elakkan makan makanan bergoreng kerana makanan bergoreng cenderung untuk buat sel kita membengkak. Manakala minuman bergula seperti soda boleh menggalakkan kulit kusam. Bukan saja kulit kita rosak disebabkan oleh makanan ini, organ dalaman kita juga akan mendapat kesan negatif.


3 cara mudah untuk dapatkan kulit cantik tanpa perlu guna sebarang produk ini sangat membantu jika kita amalkan selama-lamanya. Bukan kulit saja yang semakin cantik, tapi dalaman kita juga akan semakin sihat. Jika kamu mau guna atau makan produk untuk kecantikan, kenalah bijak memilih produk yang dijamin selamat dari bahan-bahan kimia.

Boleh baca testimoni dari seorang cikgu yang menggunakan skin care semulajadi dan mengamalkan makanan tambahan yang selamat untuk diamalkan dalam masa jangkamasa panjang sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Baca: "Ikuti Cara Cikgu Jacqueline Selesaikan Masalah Jerawat Selepas Menggunakan Pelbagai Jenis Produk"

Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.