3 Cara Kekalkan Kecantikan Kulit Secara Semulajadi Tanpa Amalkan Makanan Tambahan

Orang Korea terkenal dengan kulit yang lembut, halus, gebu dan licin kan? Jarang kita nampak orang Korea ada jerawat. Biasa nampak artis-artis Korea berjerawat ni dalam variety show saja hehe. Hari ini Brigett mahu bongkarkan rahsia penjagaan kulit orang-orang Korea.

1. Pakai Beras Sebagai Scrub Muka

Dengan cara semulajadi ini, kita dapat menjaga kesihatan wajah kita. Rendamkan beras dalam mangkuk. Air cucian beras yang pertama jangan buang tau. Asingkan dengan gelas. Lepas tu beras yang kita rendam tadi bolehlah jadikan scrub muka. Bilas muka dengan air. Air cucian beras yang kita asingkan tadi tu kita letak atas muka. Jangan dulu bersihkan tau, biarkan air cucian beras tu pada muka kita sampailah ia kering. Lakukan cara ini 3 kali seminggu.

2. Gunakan Teh Hijau

Teh hijau sangat bagus untuk badan kita. Ia boleh membantu menghilangkan pigmen pada wajah kita. Untuk masalah jerawat, letakkan teh hijau yang sudah dipakai pada muka kita. Letakkan pada bahagian yang ada jerawat lepas tu tekankan teh hijau itu sampailah ia meresap pada muka anda. Biarkan teh hijau di atas muka kita selama 15 minit. Lakukan cara ini 2 kali seminggu.

3. Mask Daripada Timun

Cara ini memang sangat popular. Timun bukan saja bagus untuk tubuh kita bila kita makan timun tapi ia juga bagus untuk kulit muka kita. Biasanya orang cuma potong timun dan letak atas muka kan. Tapi cara Brigett lain sikit. Brigett suka hancurkan timun ni lepas tu masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Pakai mask ini sebelum dan selepas pakai make up. Kandungan timun sangat bagus untuk mencegah pembentukkan jerawat pada kulit muka.

Selain menjaga kesihatan luaran kulit kita, sangat digalakkan juga untuk menjaga dalaman kulit kita. Sekarang Brigett guna skin care yang diperbuat daripada 100% tumbuhan. Memang effect skin care ni hebat sangat. Kesan positif jelas kelihatan selepas 2 kali pakai tau. Boleh tengok testimoni Brigett sendiri dalam entri "Hari Ke-2 Menggunakan YOUTH Skin Care". Selain menjaga luaran kulit, Brigett juga amalkan Vitamin C Plus untuk melindungi sel-sel Brigett. Boleh baca tentang Vitamin C Plus yang Brigett amalkan dalam entri ini "Vitamin C Paling Berkesan Untuk Hilangkan Jerawat".

Semoga entri Brigett hari ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.