Mommy Daddy Jangan Telampau Serius Bah! Part #2: Puzzle Moment Sama Si Ryo


Sejak Ryo masuk sekolah ni, saya pun terpaksa jadi lebih kreatif sikit untuk bantu dia mengembangkan kebolehan dia. Sebelum ini Ryo banyak spent time dengan gadget. Banyak tengok katun macam Peppa Pig, Holly and Ben's Little Kingdom dan channels Toy's Review. 

Ada juga saya beli apps untuk Ryo belajar huruf dan nombor tapi selepas nampak Ryo tidak pandai pegang pensel baru saya sedar bertapa bezanya belajar menulis atas gadget dan belajar menulis atas kertas. Belajar dari gadget tidak membantu Ryo meningkatkan skill menulis dia. Yala, dia tulis huruf atau kasi sambung titik pakai jari dia bukan pakai pensel.

Untuk kasi tajam lagi otak Ryo, saya kasi beli dia 2 set puzzle. Sebab saya ingat masa kecil bapa saya selalu kasi beli saya puzzle bah. Saya suka betul susun tu puzzle. Makin susun makin campin. Makin tau teknik mudah dan cepat untuk kasi siap tu puzzle. Itu juga mungkin punca saya lebih suka berfikir secara logik dan tersusun. Bahaha!


Jadi saya pun mau juga si Ryo berfikir macam cara saya berfikir. Lagipun dengan puzzle, dia boleh menyusun sambil sentuh tu puzzle. Kalau susun puzzle di gadget mana dia sentuh tu puzzle kan? Mana dia dapat raba-raba tu puzzle kan? Dia touch2 seja tu puzzle.. tapi itu pun touch tu screen bukan tu puzzle. Nda feel ni. Nda real.

Ryo mula susun puzzle yang dinasour. Cepat pula dia susun. Saya pun hairan macam biasa sudah bah dia main tu puzzle sama macam dia hafal sudah tu gambar. Jadi saya tanya dia la..

"Ryo ada ka ni di sekolah kau?"
"Ada" dibilang


Tapi saya masih ragu-ragu. Mungkin juga kan dia biasa sudah buat di sekolah. Dia tau lagi tu nama-nama tu dinasour. Bila dia mula buat puzzle Mr.Bean, agak lambat sebab tu puzzle nda banyak gambar.. banyak puzzle yang warna lebih kurang sama tu mungkin yang buat dia susah mau kasi pasang-pasang.

Dengan usaha gigih dia tanpa ada rasa mau putus asa, akhirnya siap juga dia susun puzzle. Suka saya tengok si Ryo ni bila dia bersungguh-sungguh kasi siap kerja dia. Dia pun enjoy buat tu puzzle. Saya pun nda guna banyak tenaga mau ajar dia. Lepas ni kita beli banyak-banyak puzzle lagi.. yang lebih besar supaya lebih mencabar kan. hehe.. 


Selepas siap buat puzzle, Ryo unggar balik semua tu puzzle. Lepas tu dia bawa saya bertanding pasang puzzle sama-sama. Saya pasang sambil buat kerja, kalau saya serius nanti cepat siap. Kecewa nanti si Ryo.. hehe


Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom
Mommy Daddy Jangan Telampau Serius Bah! Part #2: Puzzle Moment Sama Si Ryo Mommy Daddy Jangan Telampau Serius Bah! Part #2: Puzzle Moment Sama Si Ryo Reviewed by Brigett Rusx on February 02, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.