Tips Cuka Epal Cider Bantu Atasi Masalah Jeragat


Pengambilan cuka epal cider ini sangatlah popular di Amerika Utara dan sekarang ia sudah tersebar luas ke benua-benua termasuklah benua Asia. Cuka epal cider ini berfungsi sama seperti astringen untuk mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit kita. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria untuk mengawal masalah jerawat.

Tahukah anda? Cuka epal cider ini boleh membantu dalam mengurangkan masalah jeragat. Ada beberapa faktor jeragat boleh terjadi dan Brigett ada kongsikan info itu dalam entri ini "3 Punca Jeragat Yang Mempercepatkan Penuaan". Tapi jangan risau, dengan bantuan cuka epal cider ini, kita boleh kurangkan masalah jeragat kita secara semulajadi tanpa laser.

Untuk mengurangkan masalah jeragat menggunakan cuka epal cider ini, boleh ikut langkah-langkah ini.

PILIHAN PERTAMA:
  1. Campur satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air suam.
  2. Dengan menggunakan kapas muka, biarkan ia berada di atas muka kita selama 10 minit.
  3. Bilas muka dengan air bersih.
PILIHAN KEDUA:
  1. Campurkan cuka epal cider dengan tepung jagung. Nisbah 1:3.
  2. Sapu pada muka.
  3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
  4. Bersihkan muka dengan tuala yang direndam dalam air suam.
  5. Bilas muka dengan air sejuk untuk menutup liang pori.
Boleh amalkan cara ini 3 hingga 5 kali seminggu sehinggalah kita dapat result yang kita mahu. Pastikan anda membeli cuka epal cider yang bertulis "With The Mother". Selain menggunakan cuka epal cider ini, boleh juga kita merawat jeragat tanpa laser. Brigett ada kongsikan tips itu dalam entri ini "Cara Kurangkan Jeragat Dalam Masa Sebulan Tanpa Laser".

Selama mencuba!


Luv,
Brigett Rusx.