3 Punca Jeragat Yang Mempercepatkan Penuaan


Jeragat atau melasma adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Masalah ini pasti dialami oleh setiap orang tanpa mengira peringkat usia. Jeragat adalah masalah kulit yang paling ditakuti oleh wanita kerana kulit kita akan dipenuhi oleh tompok-tompok hitam malah tona kulit juga akan menjadi tidak sekata.

Ada 3 punca jeragat Brigett ingin kongsikan dalam entri hari ini.

1. Matahari



Matahari mengandungi sinar UVA dan UVB yang mana ia adalah punca sel kulit kita rosak. UVB merosakkan sel yang ada pada permukaan kulit kita, manakala UVA pula akan menyerang sel di bawah kulit kita. Sinar UV ini bukan saja menyebabkan jeragat malah ia juga boleh menyebabkan kita mengalami masalah kanser kulit.

2. Kehamilan



Biasanya ibu hamil akan melalui masalah perubahan hormon dan masalah ini menyebabkan ibu hamil mengalami banyak masalah kulit. Antara masalah kulit yang akan dialami oleh ibu hamil adalah jerawat, kegatalan, kulit pecah, kulit terlalu kering, ekzema dan jeragat. 

Kebiasaan jeragat akan hilang selepas ibu bersalin tapi kebanyakan juga ibu akan terus mengalami masalah jeragat ini. Oleh itu, adalah sangat disarankan ibu hamil mengambil nutrisi yang mencukupi untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan sihat. 

3. Rawatan Hormon


Banyak kajian menunjukkan ramai wanita yang menjalani rawatan hormon akan mengalami masalah jeragat. Antara rawatan hormon yang menyebabkan kehadiran jeragat adalah dengan mengambil pil perancang. Rawatan ini menyebabkan hormon akan terganggu dan tidak stabil. Ramai juga pelanggan saya mengadu muka berjeragat selepas mengambil pil perancang kehamilan.

Semoga info ini memberi manfaat kepada para pembaca blog Brigett.

Luv,
Brigett Rusx.