5 Jenis Buah-Buahan Tinggi Kandungan Collagen Yang Mampu Mengurangkan Masalah Parut Jerawat

Tahukah anda? Kandungan collagen dalam badan berkurang mengikut usia kita. Bila collagen dalam badan berkurang, keanjalan kulit akan hilang dan kulit akan menjadi kendur, pembentukan garis-garis kedut timbul pada bahagian mata dan dahi. Selain itu, tulang dan sendi kita juga akan menjadi lemah akibat daripada kekurangan collagen. 

Pembentukan parut jerawat juga disebabkan oleh kekurangan collagen dalam badan yang mana tisu tidak mampu menutupi keseluruhan luka jerawat. Oleh itu sangat penting untuk kita mengamalkan makanan seperti buah-buahan yang tinggi kandungan collagen.

5 Jenis Buah-Buahan Tinggi Kandungan Collagen Yang Mampu Mengurangkan Masalah Parut Jerawat


1. Jambu Batu

Setiap 100 gram jambu batu, ia mengandungi 228mg Vitamin C. Ini menunjukkan 2 kali ganda keperluan Vitamin C yang diperlukan dalam masa sehari. Vitamin C adalah perangsang kepada penghasilan collagen dalam badan. Jambu batu juga merupakan salah satu sumber serat dan Vitamin A yang terbaik.

2. Kiwi

Dalam setiap 100 gram buah Kiwi mengandungi 92.7mg Vitamin C. Kiwi merupakan buah yang mengandungi vitamin dan mineral yang sangat banyak untuk memenuhi nutrisi dalam tubuh kita.

3. Laici

Laici bukan saja mampu membekalkan collagen kepada tubuh kita, ia juga mampu meningkatkan imun badan kita dan melindungi tubuh kita daripada mudah diserang virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Setiap 100 gram laici mengandungi 71.5 mg Vitamin C.

4. Betik

100 gram betik mengandungi 61.8mg Vitamin C. Buah betik sangat mudah ditanam. Buah betik juga mengandungi collagen dan sangat bagus untuk sistem pertahanan badan.

5. Strawberi

Strawberi yang berwarna merah ini menunjukkan ia tinggi dengan antioksidan. Vitamin C dalam setiap 100mg buah strawberi sebanyak 58.8 mg ini mampu mencantikkan kulit dengan collagen yang dihasilkan untuk tubuh kita.

Kita tahu semakin tinggi kandungan Vitamin C dalam buah-buahan, semakin tinggi peluang untuk collagen dalam badan kita dirangsang sehabis baik. Untuk dapatkan kulit cantik seperti kulit bayi, boleh amalkan buah-buahan ini sekerapnya. Brigett ada kongsikan cara untuk hilangkan masalah parut jerawat dalam entri ini "Testimoni Pengguna Skin Care 100% Semulajadi".

Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.