3 Langkah Mudah Untuk Ketahui Jenis Kulit Anda.


Masa Brigett di sekolah menengah, tidak pernah pun Brigett ambil peduli dengan jenis kulit Brigett. Yala, waktu itu kulit kita halus saja. Tapi bila mencecah usia 18 tahun, hormon mula bercelaru. Jerawat mula tumbuh dengan suburnya. Lama-kelamaan, Brigett sendiri pun tidak tahu jenis kulit Brigett. 

Muka kejap kering, kejap berminyak. Dengan cara yang akan Brigett kongsikan kejap lagi, kita boleh tau jenis kulit kita dengan mudah. Bila kita sudah tahu jenis kulit kita, mudahlah kita untuk beli skin care jenis apa yang sesuai dengan jenis kulit kita.


3 LANGKAH UNTUK KETAHUI JENIS KULIT ANDA

Langkah 1:
  • Cuci wajah dengan membersihkan seluruh make up yang ada pada wajah dan basuh muka untuk tanggalkan minyak dan kotoran.
Langkah 2:
  • Tunggu sekitar 1 hingga 2 jam dan jangan letak apa-apa produk pada wajah dan biarkan wajah kita terdedah dengan suhu bilik.
Langkah 3:
  • Selepas 1 hingga 2 jam, cek kulit anda dan tengok ciri-ciri di bawah ini yang mana keadaan kulit wajah anda.

APAKAH JENIS KULIT MUKA ANDA?

1. Kulit Normal
  • Tiada tanda kulit kering yang mengelupas.
  • Kulit rasa lebih halus bila dipegang.
  • Tidak berminyak.
  • Kulit nampak lebih tegang dan berseri.
Kulit jenis normal adalah kulit yang mempunyai kuantiti minyak dan air yang seimbang. Jika kulit anda senang adapt dengan cuaca atau suhu yang berlainan maka jenis kulit anda adalah dalam kategori kulit normal.
     
2. Kulit Berminyak
  • Kulit kelihatan berkilau dan licin bila disentuh.
  • Kulit mati nampak lebih tebal.
  • Kita sendiri rasa kulit wajah rasa sangat tidak selesa.
Jenis kulit berminyak adalah kulit yang menghasilkan kuantiti minyak yang berlebihan sehingga menyebabkan pori-pori tersumbat. Jenis kulit inilah yang paling senang diserang jerawat.


3. Kulit Kering
  • Kulit rasa lebih kering dan kaku bila ditarik.
  • Ada bahagian kulit wajah terkupas.
  • Kulit nampak lebih kusam dan nampak tidak berseri.
Kulit kering adalah jenis kulit yang tidak mengandungi kuantiti minyak mencukupi untuk wajah. Kulit juga akan rasa lebih kasar. Jenis kulit ini lebih sensetif dengan perubahan suhu dan cuaca yang berlaku secara mendadak.


4. Kulit Kombinasi
  • Kulit berminyak pada kawasan T-zone (dahi, dagu dan hidung) tapi di bahagian lain, kulit lebih normal ataupun kering.
Kulit jenis ini penting untuk dirawat dengan segera. Sebab bukan semua skin care sesuai untuk jenis kulit ini. Kena hati-hati bila memilih skin care.


Macam Brigett sendiri, jenis kulit Brigett adalah jenis kombinasi dan lebih kepada kombinasi kering. Memang sangat susah dapatkan skin care yang sesuai dengan jenis kulit ni. Sehinggalah Brigett jumpa skin care yang Brigett pakai sekarang, kulit rasa lebih fresh selepas cuci dan minyak tidak banyak keluar pada bahagian T-zone selepas beberapa jam Brigett cuci muka.

Dalam entri ini Brigett ada kongsikan kehebatan skin care yang Brigett pakai sekarang dalam "Day #2: Review YOUTH Skin Care Bersama Brigett.".. Memang hebat skin care ni, baru 2 hari Brigett pakai sudah nampak kesan positif. Jangan cakap 2 hari, selepas pakai pencuci muka dan toner memang boleh rasa perbezaan dengan semua skin care sebelum ini yang Brigett pernah pakai. Sangat-sangat berbaloi dan Brigett sangat bersyukur diberi peluang berjumpa skin care ni.

Semoga entri Brigett kali ini memberi manfaat kepada pembaca blog Brigett. xx

Luv,
Brigett Rusx.
3 Langkah Mudah Untuk Ketahui Jenis Kulit Anda. 3 Langkah Mudah Untuk Ketahui Jenis Kulit Anda. Reviewed by Brigett Rusx on February 07, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.