3 Jenis Parut Muka Yang Anda Perlu Tahu!


Selain masalah jerawat dan masalah jeragat, parut jerawat juga adalah salah satu masalah kulit yang paling ditakuti oleh setiap wanita. Kadang-kadang ada wanita yang tidak berani sentuh jerawat sebab tidak mahu jerawat tersebut meninggalkan parut. Ahh~ Tidak kiralah wanita.. Lelaki pun takut juga kalau ada parut jerawat atas muka kan?

Sebelum kita mengambil langkah untuk mengatasi masalah parut ini, apa kata kita kenal dahulu parut jerawat pada muka kita.. baru senang nak ambil langkah mengatasi. *wink*

PARUT HIPERTROFI


Parut hipertrofi ini terjadi selepas penyembuhan luka yang disebabkan penghasilan tisu yang berlebihan. Parut ini biasanya akan timbul dan muncul pada paras kulit di sekelilingnya, tetapi ia kekal pada kawasan yang asalnya cedera sahaja. Risiko untuk parut ini timbul bila ia diserang jangkitan dan imobilisasi luka yang tidak mencukupi.

PARUT KELOID


Keloid adalah parut yang membesar secara berlebihan. Ia akan muncul beberapa kali biarpun selepas luka sembuh. Bila tisu penghubung dihasilkan terlalu banyak, parut akan membesar sehingga melampaui luka dan akan merebak ke kawasan kulit sihat. Parut keloid akan menjadi lebih besar daripada kecederaan asal.

Parut pada tubuh dengan bahagian kulit yang tegang akan mudah menyebabkan pembentukan parut keloid. Keloid akan lebih kerap berlaku bila kita mempunyai keturunan genetik yang mudah terdedah pada keloid. Ia juga berlaku 10 kali lebih kerap ke atas mereka yang berkulit gelap.

PARUT ATROFI


Parut atrofi ini tenggelam sedikit sahaja pada permukaan kulit. Ia menunjukkan berlakunya kekurangan collagen pada kulit kita. Tisu parut akan menutupi luka tetapi tisu yang dihasilakan tidak mencukupi untuk memenuhkan kawasan yang rosak dengan sepenuhnya. Biasanya parut ini berlaku selepas kulit mengalami jerawat atau cacar air.

Bila kita tahu jenis dan kenapa parut ini boleh berlaku, mudahlah kita untuk mengatasi masalah ini. Untuk mengatasi masalah jerawat dan kesan boleh nampak dalam masa 2 hari, Brigett ada kongsikan di "Day #2: Review YOUTH Skin Care". Untuk mengatasi masalah jeragat dalam masa sebulan tanpa laser, Brigett ada kongsikan dalam entri ini "Cara Kurangkan Jeragat Dalam Masa Sebulan Tanpa Laser".

Semoga entri ini bermanfaat.

Luv,
Brigett Rusx.