3 Cara Mudah Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil


Banyak sangat sebenarnya punca ketidaksuburan pasangan suami isteri. Bukan wanita saja yang ada masalah ketidaksuburan tau, lelaki juga ada masalah ketidaksuburan. Bila kita tidak menjaga kesihatan dalam kita, badan kita akan kekurangan nutrisi. Badan yang kekurangan nutrisi sukar untuk menghasilkan sel-sel yang sihat. Itu sebab kita kena jaga kesihatan dalam sebelum merancang untuk menimang cahaya mata.

Di sini Brigett kongsikan 3 cara untuk tingkatkan kesuburan.

1. Mengekalkan Berat Badan

BMI (Body Mass Index) kenalah normal dan kekalkan BMI anda. Berat badan berlebihan ataupun underweight antara faktor yang memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kesuburan wanita dan lelaki. Tapi masalah ini jarang sangat diambil peduli. Dengan berat badan yang seimbang, tahap kesuburan suami isteri dapat ditingkatkan. Ia juga membantu untuk pasangan hamil dengan mudah dan cepat.

Jadual bacaan BMI

Cara kira BMI


2. Minuman Yang Anda Minum


Minum terlalu banyak kopi dan alkohol mampu merosakkan tahap kesuburan lelaki dan perempuan. Minum 5 cawan kopi dalam masa sehari boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan. Terhadkan pengambilan kopi dalam masa sehari. Jika ambil secawan kopi sehari tidak menjadi masalah.

Minum 2 botol alkohol sehari boleh menyebabkan tahap kesuburan turun sebanyak 60%. Mengambil minuman beralkohol semasa hamil akan menyebabkan risiko bayi mengalami kecacatan serius semasa lahir.

3. Berhenti Merokok


Merokok juga antara punca ketidaksuburan berlaku. Merokok menyebabkan kerosakan pada sel ovum wanita. Manakala untuk lelaki pula, merokok akan menyebabkan penghasilan sperma yang tidak banyak dan juga boleh menyebabkan kerosakan DNA.

Adalah sangat disarankan untuk berhenti merokok sebelum anda merancang untuk hamil. Merokok waktu hamil akan meningkatkan risiko keguguran.

Dengan 3 cara mudah ini, bolehlah kita tingkatkan kesihatan dalaman kita dahulu sebelum merancang untuk dapatkan cahaya mata. Di sini ada Brigett kongsikan "Cara Mudah, Cepat dan Semulajadi Untuk Dapatkan Anak Sejurus Sahaja Selepas Berkahwin" 

Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett R.