Tutorial Blog #1: Cara Meletakkan Link Esell Shaklee Dalam Entri Blog

Hari ini Brigett kongsikan tutorial bagaimana cara meletakkan link eSell dalam entri blog untuk dijadikan rujukan kepada agen Shaklee.

Apakah eSell?

Esell adalah link yang disediakan oleh Shaklee untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan atas talian menggunakan debit/credit card tanpa perlu berjumpa dengan agen. Sama macam kita order barang di website ecommerce seperti Lazada, Shopee, 11 Street dan sebagainya.

Kelebihan buat pesanan secara online dengan eSell.

  • Jika kita order produk Shaklee melalui eSell, kita berurusan dengan agen yang sah dan method ini dibenarkan oleh Shaklee.
  • Pembelian produk Shaklee melalui eSell mempunyai insuran ke atas kerosakan produk Shaklee. Tidak seperti kita buat pesanan dari website ecommerce lain. Shaklee tidak akan bertanggungjawab ke atas pesanan yang kita buat dari website ecommerce lain, kerana Shaklee tidak membenarkan agen untuk menjual produk Shaklee melalui website ecommerce.

So, sekarang Brigett tunjukkan cara meletakkan link eSell ke dalam entri blog anda.

Cara Meletakkan Link Esell Dalam Entri Blog.

1. Login ke website www.shaklee2u.com.my.


2. Masukkan No. Id dan password anda.
3. Klik butang eSell pada tab.


4. Klik butang create eSell.
5. Masukkan eSell Name.


6. Selepas select all, klik butang Add.


7. Klik butang download dan copy link tersebut.



8. Masuk ke entri blog anda.
9. Klik gambar eSell yang kita sudah upload dalam entri.



10. Klik butang "Link" pada post dan masukkan link eSell dalam bahagian yang Brigett tunjukkan dalam gambar.
11. Klik butang OK.

SIAP! Sekarang boleh publish entri tu sudah. 

Brigett harap tutorial ini dapat membantu lebih ramai agen Shaklee yang menjadikan blog sebagai platform untuk mengembangkan bisness mereka.

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom
Tutorial Blog #1: Cara Meletakkan Link Esell Shaklee Dalam Entri Blog Tutorial Blog #1: Cara Meletakkan Link Esell Shaklee Dalam Entri Blog Reviewed by Brigett Rusx on January 27, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.