Tanda-Tanda dan Cara Merawat Katarak Yang Anda Mesti Tahu!


Katarak terjadi disebabkan proses penuaan, kecederaan mata, penyakit atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah antara punca utama kebutaan. Good news, katarak boleh dipulihkan. Katarak boleh dibuang jika menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca mahupun menonton TV. Pada peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak mempengaruhi kerosakan jangka masa panjang ke atas mata kita atau menyebabkan pembedahan menjadi sukar.


TANDA-TANDA DAN GEJALA KATARAK

  • Silau (cahaya lampu, cahaya matahari kelihatan sangat terang).
  • Rabun ayam.
  • Warna kelihatan pudar.
  • Kerap menukar cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata sahaja.
  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit.


KOMPLIKASI

Katarak yang masih belum matang boleh dibedah sekiranya ia belum matang. Tapi bila katarak sudah matang ia perlu dibedah secepat mungkin sebelum katarak menjadi glukoma atau radang mata. Keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan kekal yang tidak boleh dipulihkan lagi.


CARA MENCEGAH

Antara yang punca katarak adalah disebabkan faktor umur. Tapi katarak juga boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit Kencing Manis.
  • Faktor kongenital.
  • Faktor persekitaran seperti kecederaan mata.
  • Kekurangan zat makanan.
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid)

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KATARAK

Sehingga hari ini belum ada lagi cara untuk merawat katarak tapi kita boleh mencegah terjadinya katarak ini. Antara langkah mencegah:
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Amalkan senaman berkala.
  • Kawal masalah kencing manis.
  • Berhati-hati dengan ubat-ubatan yang diambil.
  • Lindungi mata dengan cermin mata yang mempunyai pelindung dari sinar UV.
  • Lindungi mata dengan alat pelindung ketika melakukan aktiviti berbahaya seperti memaku, membawa bahan kimia atau memotong kayu.
Untuk pengambilan makanan seimbang, utamakan makanan yang tinggi dengan antioksidan untuk mencegah katarak. Perlindungan dari sinar UV juga sangat penting, oleh itu penggunaan cermin mata gelap sangat digalakkan.


Luv,
Brigett Rusx
Chibi Mom.